Jumaat, 21 Mei 2010

KDYMM Tuanku Sultan merasmikan Karnival Amal Hari Penyayang 2010 YSB








Dato' Seri Tunku Intan Shafinaz adalah pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah(YSB).Hari ini YSB mengadakan Karnival Amal Hari Penyayang 2010 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman.

Karnival Amal Hari Penyayang YSB telah menjadi jenama yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Kedah setiap tahun.Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini dijadikan platfom untuk mengutip dana bagi YSB dan badan-badan NGO lain,malah ianya juga sebagai wadah yang
menyatu dan mengeratkan perhubungan diantara rakyat dan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Terdapat pelbagai jenis bazar,acara-acara sukan,derma darah,klinik mata bergerak,peraduan mewarna,karnival motor sport dan banyak lagi acara yang disediakan.

Kesemuanya itu mengambil konsep beriadah sambil menderma untuk mewujudkan satu masyarakat penyayang di Kedah.

Tiada ulasan: