Ahad, 23 Mei 2010

Perasmian Dewan Himpunan Penyokong Pas(DHPP)







Kelang,23 Mei - Hari ini Pas mencacat satu lagi sejarah apabila Yb Dato' Seri Presiden telah merasmikan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertempat di Dewan Serbaguna,Pejabat Daerah dan Tanah Kelang.

DHPP bermula dengan penubuhan Kelab Penyokong Pas(KPP) pada tahun 2004.Kelab ini tumbuh macam cendawan dimusim hujan terutamnya selepas PRU 12.

Perkembangan pesat KPP dengan jumlah ahli melebihi 20,000 orang menyebabkan KPP ini perlu diurus secara yang lebih teratur dan tersusun.

Pada 11 Sept 2007 Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am Pas telah melancarkan logo dan slogan hikmat PAS FOR ALL yang diterjemahkan sebagai komitmen Pas kearah melahirkan Perpaduan Nasional yang sebenar.

Akhir nya Pas Pusat telah bersetuju untuk menjadikan KPP sebagai sebuah Dewan sebagaimana Dewan Ulama,Muslimat dan Pemuda.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat,Yb Dr Mujahid Yusof Rawa dalah pengerak utama kearah kewujudan DHPP ini.

DHPP adalah sebuah Dewan yang dianggotai oleh orang bukan Islam didalam Pas.Perasmian DHPP
semalam menjadi satu tamparan yang hebat kepada UMNO dan BN dikala penolakan orang-orang bukan Islam terhadap mereka berada dikemuncak sebagaimana yang dibuktikan dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu.


"Pas telah mencatat satu sejarah apabila menjadi Parti Islam yang pertama di dunia yang membuka keahlian Dewan DHPP kepada orang bukan Islam",ujar Yb Dato' Seri Presiden Pas dalam ucapan perasmianya semalam.

Majlis perasmian yang gilang gemilang itu diakhiri dengan lafaz ikrar taat setia ahli DHPP kepada perjuangan Pas.

Tiada ulasan: