Sabtu, 1 Mei 2010

Yb Salahuddin Ayub merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Alor Setar









Alor Setar - Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Alor setar kali ke 31 pada tahun ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Pas,Saudara Salahuddin Ayub.

Kehadiran ahli dari cawangan samaada dari DUN Alor Mengkudu maupun DUN Bakar Bata amatlah memuaskan.

"Pas pada hari ini bukan sahaja diterima oleh orang-orang melayu yang beragama Islam malah dikalangan orang-orang Cina,India dan Siam yang tidak beragama Islam",kata Yb Salahuddin Ayub dalam ucapan perasmianya.

Sehubungan dengan itu perasmian Dewan Perhimpunan Penyokong Pas akan dilakukan pada 23 Mei nanti oleh Yb Datuk Seri Presiden Pas sendiri.

"Sejarah menunjukan Pas tidak pernah rugi apa-apa apabila kita melakukan tahaluf siasi dengan mana-mana pihak",tambahnya lagi.

Seterusnya beliau menyeru setiap ahli Pas untuk mempersiapkan diri dan jentera Parti untuk menghadapi hari-hari muka,apatah lagi PRU ke 13 akan menjelang dalam masa 2 atau 3 tahun dari sekarang.

Tiada ulasan: