Khamis, 27 Mei 2010

KDYMM Tuanku Sultan merasmikan TRKI Hot Air Ballon 2010







Pelancungan menjadi agenda penting kepada Kerajaan Negeri Kedah.The Royal Kedah International Hot Air Ballon Festival 2010 adalah diantara usaha Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosi pelancungan di Kedah.

Kedah merupakan negeri yang pertama mengadakan festival ini selepas Putrajaya.

Penglibatan peserta dari beberapa negara asing seperti Belgium dan Jepun diharapkan dapat mempromosi industri pelancungan di Kedah.


Festival yang julung kali diadakan di Kedah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan.Tiket untuk menaiki penerbangan balon ini habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Festival ini akan diadakan disetiap negeri dan Negeri Kedah telah dipilih sebagai negeri yang pertama dalam sirkit untuk tahun 2011.

Acara perasmian telah dilakukan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan seterusnya melepaskan penerbangan balon panas yang turut dinaiki oleh penaung kepada acara ini iaitu Tunku Puteri Intan Shafinaz sendiri.




Festival yang diadakan di Taman Jubli Emas,Jalan Suka Menanti ini akan berlangsung selama dua hari.

Bagi memeriahkan lagi festival ini pihak penganjur telah menyediakan gerai-gerai pameran dan jualan.

Tiada ulasan: