Jumaat, 4 Jun 2010
ADUN sumbang jersi bolasepak, bola dan jaring di Tanjung Bendahara
Tanjung Bendahara, 4 Mei: "Kita memang digalakkan bersukan untuk menyihatkan badan dam mencerdaskan fikiran, bagaimanapun kita juga mestilah mempastikan bersukan jangan sampai mengetepikan peraturan Allah SWT, misalnya bersukan mestilah menutup aurat, sebelum turun bermain bola kena solat Asar terlebih dahulu dan jangan leka bermain hingga terlajak waktu Maghrib," demikian ingatan yang diberikan oleh ADUN Alor Mengkudu, YB Dr Ismail Salleh kepada para pemuda, termasuk murid-murid sekolah di Padang Sekolah Kebangsaan Iskandar.
Pada majlis yang diadakan itu, Dr. Ismail telah menyampaikan sumbangan jersi bolasepak, bola dan jaring kepada Persatuan Sukan Pemuda Kampung Tanjung Bendahara.
Keistimewaan penduduk kampung tersebut ialah, mereka telah menghasilkan beberapa pemain sukan yang mewakili negeri dan negara dari pelbagai peringkat.
Selepas ucapan Dr. Ismail diperkenalkan dengan 'bintang-bintang' sukan kampung tersebut diikuti dengan jamuan ringan yang disumbangkan oleh MKK Tanjung Bendahara.
Menurut seorang wakil penduduk kampung tersebut, hasil penglibatan mereka dalam permainan bolasepak di padang tersebut setiap petang dengan pemantauan jurulatih, aktiviti tidak sihat anak-anak muda berjaya dibendung.
"Kalau dulu Tanjung Bendahara agak terkenal dengan kegiatan tidak sihat, Alhamdulillah sekarang dah berkurang," terangnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan