Khamis, 3 Jun 2010
Sambutan Hari Ibu 2010
Tema sambutan Hari Ibu Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di SP Inn pagi tadi ialah Kasih Ibu Kasih Abadi.
Majlis sambutan itu dimulakan dengan dengan forum bertemakan Kasih Ibu Kasih Abadi yang dipanelkan oleh Datuk Mufti dan Prof Madya Rohani Abd Rahman dari UIA dan dipengerusikan oleh Us Mohd Isa Abd Rahman dari Pejabat Mufti.
Ucapan perasmian yang dilakukan oleh YAB DS MB memperkukuhkan lagi apa yang telah diforumkan.
"Ibu diletakan ditempat yang sangat mulia yang patut dihormati dan menderhakainya termasuk sah satu dari dosa-dosa besar.
Tempat yang mulia ini diperolehi oleh ibu diatas pengorbananya yang sangat besar dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang mulia dunia dan akhirat",ujar MB dalam ucapanya.
Kegagalan mendidik anak-anak oleh ibubapa menyebabkan terjadinya segala masalah sosial dikalangan remaja pada hari ini.
Majlis perasmian itu seterusnya diserikan lagi dengan penyampaian foto arwah bonda kepada YAB DS MB.
Beberapa buah lagu bertemakan kasih ibu kasih abadi telah disampaikan oleh beberapa orang artis termasuk Azihan Atan.
Suasana keharmonian dan terharu para hadirin berpanjangan apabila satu pementasan teater yang bertemakan si Tanggang sangat menusuk dan menikam kalbu.
Majlis seterusnya mendengar rintihan dan luahan isi hati anak-anak terhadap ibu-ibu mereka.
Pasangan anak-ibu ini diwakili oleh dua pasangan Melayu,masing-masing satu pasangan kaum India dan Cina.
Majlis sambutan hari ibu ini berjaya menarik hampir 1000 orang pendengar.
Majlis sambutan yang dipengerusikan oleh Yb Ustazah Aisyah Ghazali ini turut dihadiri oleh beberapa orang Exco Kerajaan Negeri,Ahli-ahli Parlimen,Ahli-ahli Dewan Negara dan juga ADUN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan