Selasa, 15 Jun 2010

Prihatin terhadap mangsa ribut di blok C Taman Wira








Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya ribut ditengah hari.Itulah gambaran yang berlaku pada hari Jumaat lepas,11 june 2010.

Ribut kuat selama beberapa minit dalam cuaca panas terik dikala umat Islam sedang menunaikan Fardu Jumaat telah menyebabkan sebanyak 36 buah rumah rosak teruk di blok C Taman Wira Mergong.



Pembantu Peribadi Yb Dr Ismail,En William Khor
telah berada dilokasi kejadian seawal jam 2 petang.

Selepas menunaikan Fardhu Jumaat beliau telah dibantu oleh beberapa orang MKK seperti En Ghani,En Kasmani,En Halim,En Mohd Desa dan En Magendran untuk membantu mangsa ribut.

Sebuah khemah telah didirikan dan teknisen bahagian perumahan bersama kontraktor yang dilantik datang beberapa jam kemudian dan terus memulakan kerja-kerja membaiki dan menggantikan atap yng telah diterbangkan angin.


Yb Lee Guan Aik juga berada ditempat kejadian.

Kerja-kerja pembaikian dan penggantian atap hanya siap beberapa hari kemudian.

Hari ini Yb Dr Ismail telah datang meninjau ditempat kejadian dan sempat berdailog dengan mangsa-mangsa yang terlibat.

Beliau meminta maaf kerana lewat datang kerana pada masa kejadian beliau berada di Kelantan selama beberapa hari.

Tiada ulasan: