Khamis, 3 Jun 2010

Solat Hajat mohon keselamatan Palestin, kehancuran Israel dan konco2nya





PAS Kawasan Alor Setar mengadakan Solat Hajat memohon Allah SWT menyelamatkan umat Islam Palestin serta rombongan misi keamanan menghantar bantuan makanan dan bekalan perubatan terhadap rakyat Gaza. Solat Hajat juga memohon supaya Allah SWT menghancurkan Yahudi serta konco-konconya di seluruh dunia.

Program diadakan selepas Solat Isya di Markaz PAS Kawasan, Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Sebelum itu, majlis bacaan Yaasin diadakan selepas solat Maghrib diikuti dengan tazkiroh yang disampaikan oleh Ustaz Zaki.

Selepas Solat Isya, para hadirin menikmati jamuan nasi diikuti program taklimat isu semasa oleh YDP PAS Kawasan Alor Setar, YB. Dr. Ismail Salleh.

Tiada ulasan: