Selasa, 15 Jun 2010
Banjir Kilat di Taman Wira perlu diatasi segera
Banjir kilat di Blok C Taman Wira akan berlaku setiap kali hujan lebat sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.
Tetapi kejadian ini bertambah serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Yb Dr Ismail telah melihat masaalah ini dan membuat tinjauan semalam.
Dua masalah utama yang dikenalpasti ialah longkang utama dikiri dan kanan Jalan Sultanah Sambungan yang berdekatan dengan Blok C tertimbus dan tersumbat teruk yang melambatkan aliran air.
Pemandangan disepanjang kedua-dua longkang ini ialah sampah sarap yang memenuhi longkang dan longkang yang telah cetek akibat tertimbus dan tidak dikorek.
Perbincangan dengan Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar,Cap(B) Abu Bakar Dahlan telah dibuat dan tindakan segera akan diambil.
Masalah kedua yang dikenalpasti ialah tiada laluan air dari bahagian belakang Blok C ke longkang utama.
Perkara ini juga telah diberi maklum kepada Ahli Majlis untuk tindakan yang selanjutnya.
Turut serta mengiringi Yb Dr Ismail ialah kedua-dua MKK Taman Wira,En Ghani dan En Kasmani.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan