Selasa, 8 Jun 2010

Tiada kompromi soal judi - MB Kedah






Alor Setar,8 June - "Tiada kompromi soal judi," tegas Mb dalam ucapan penutup Kem Bina Insan di Maktab Mahmud Alor Setar sebentar tadi.

Polisi Kerajaan Negeri ialah tidak memberi sebarang lesen judi yang baru sejak March 2008 hingga sekarang ini.

Kerajaan Negeri juga tidak akan membenarkan apa jua bentuk judi sukan sebagaimana yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

"Judi akan merosakan hubungan antara manusia dalam masyarakat,yang kaya hanya tauke judi",tegas Mb lagi.

Beliau telah menolak permintaan Tauke judi yang datang berjumpa beliau beberapa hari yang lalu.

Tiada ulasan: