Ahad, 11 Julai 2010

Bukit Selambau juara piala MB









Alor Setar, 10 Julai : Pasukan DUN Bukit Selambau telah muncul juara pertandingan bolasepak Piala Menteri Besar setelah berjaya mengalahkan pasukan DUN Kota Siputeh 4-3 menerusi tendangan penalti.

Pertandingan masa sebenar terikat dengan jaringan 1-1.Jarinagn itu kekal selepas masa tambahan 30 minit.

Pasukan Bukit selambau bagaimanapun berjaya menjuarai pertandingan Piala Menteri yang julung kali diadakan ini dengan agregat 4-3 menerusi tendangan penalti.

Hadiah dan Piala disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Menteri Besar.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan DUN Kubang Rotan yang berjaya mengalahkan pasukan DUN Sungai Tiang 5-1.

Tiada ulasan: