Rabu, 21 Julai 2010

PAS Alor Setar tambah kekuatan, lagi 100 sertai PAS


PAS Kawasan Alor Setar menambah kekuatan apabila berjaya menarik 100 ahli baru PAS yang majoritinya terdiri dari bekas ahli-ahli Pemuda Umno. Majlis penyerahan borang permohonan menyertai PAS diadakan di rumah Paksu Musa, Alor Keriang.

Borang diserahkan kepada Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Hassan Razak yang mewakili Pesuruhjaya PAS Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Turut hadir menyampaikan ceramah ialah Timbalan Speaker DUN Kedah, YB Ustaz Izzat Shauki dan Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Alor Mengkudu, YB Dr Ismail Salleh.

Tiada ulasan: