Selasa, 20 Julai 2010

Menteri Besar merasmikan kempen Perlembagaanku








Alor Setar,18 Julai : Persatuan Majlis Peguam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Majlis Peguam Kedah/perlis telah melancarkan satu kempen kesedaran dan pemahaman terhadap undang-undang negara dan negeri di KUIN.

Kempen yang dibukukan sebanyak 8 siri itu dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah.Yab Menteri Besar sendiri telah melakukan perasmianya.



Selepas acara perasmian,satu forum perlembagaan telah diadakan yang membariskan ahli-ahli panel Dato' Zaid Ibrahim,Ybg Sulaiman Abdullah dan Prof Aziz Bari.

Dato' Abdu Isa Ismail,Speaker DUN Kedah bertindak sebagai moderator.

Intipati hasil dari forum itu ialah,Kerajaan Pusat dalam banyak perkara tidak menghormati Perlembagaan dengan mencampuri dan mencabuli hak-hak dan bidang kuasa Kerajaan Negeri.


Pemberian royalti sebanyak 5% oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri dan Pusat adalah contoh yang sangat jelas untuk menggambarkan perkara diatas.

Didalam ucapan perasmian tersebut Dato' Seri Menteri Besar telah mengumumkan untuk memperkenal subjek perlembagaan di KUIN sebagai subjek wajib.

Program ini telah berjaya menarik lebih dari 2000 orang peserta dari pelbagai latarbelakang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Peguam yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

Tiada ulasan: