Jumaat, 30 Julai 2010

Rumah Lambang Kezaliman Umno





Teluk Yan,30 Julai 2001 : Hari ini satu majlis penyerahan kunci rumah kepada En Mohd Sobri Mohd Routin diadakan.

Suasana program itu sangat sentimental memandangkan peristiwa dan sejarah yang berlaku disebalik tertegaknya rumah ini sangat menyayatkan hati.

Kalau di Perak kita ada 'Plak Demokrasi' yang dibina sebagai lambang musnahnya demokrasi di Negri Perak ekoran rampasan kuasa Umno BN,maka rumah ini menjadi tanda kezaliman regim Umno BN Kedah.

"Rumah ini menjadi lambang atau simbol kezaliman UMNO BN Kedah di Kampung Teluk Yan,di Dun Bakar Bata,di Parlimen Alor Setar dan di Negeri Kedah",tegas Yb Dr Ismail dalam ucapan penyerahan kunci.

Lebih setahun yang lalu En Mohd Sobri telah membuat permohonan membina rumah di bawah skim rakyat termiskin Keda.Permohonannya diluluskan oleh Keda dan ekoran dari itu kontraktor telah mengarahkan beliau supaya merobohkan rumah asal untuk dibina rumah Keda diatas tapak yang sama.

Setelah rumah beliau dirobohkan,Dato' Ahmad Bashah telah mengarahkan supaya rumah Keda itu tidak dibina.Beliau adalah ADUN Bakar Bata dan pengerusi Keda.

Ekoran dari itu Yb Dr Ismail telah berjumpa beliau beberapa kali,memohon supaya mengarahkan pembinaan rumah yang telah diluluskan itu.Beliau dengan sombong dan ego menyindir,"Sabarlah,nanti kita akan bina lah".

Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,rumah yang dijanjikan tidak dibina.Sepanjang tempoh itu Mohd Sobri,isteri dan anak-anak terpaksa menumpang berteduh dirumah ayahnya.

Akhirnya Kerajaan Negeri melalui Upen dan Pejabat Daerah Kota Setar telah memberi peruntukan untuk membina rumah itu secara gotong royong.

"Inilah Rumah Lambang kezaliman Umno"

Tiada ulasan: