Khamis, 15 Julai 2010

Yb Dr Ismail menyumbang 6 unit komputer pada SAR






Alor Mengkudu,15 Julai : Hari ini Yb Dr Ismail telah menyampaikan sumbangan 6 unit komputer kepada 2 SAR dan 1 NGO di DUN Alor Mengkudu.

2 sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Berhanuddin Helmi Tok Sibil dan Madrasah Al Taklimiah Al Khairiah Tok Keling.Setiap sekolah menerima 2 unit komputer.

Cikgu Kamarul telah menerima sumbangan itu mewakili kedua-dua sekolah yang terbabit.

Manakala NGO Wanita Prihatin Alor Star telah menerima 2 lagi unit komputer.

Yb Dr Ismail telah menggunakan sebahagian dari peruntukan kecil wakil rakyat untuk membekalkan kesemua komputer tersebut.

Tiada ulasan: