Isnin, 19 Julai 2010
Petronas Digunakan Untuk Terus Membuncitkan Keluarga Najib
Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.
Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.
“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.
“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.
“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan