Ahad, 7 September 2008

Anak yatim Padang Terap diraikan







Alor Star,8 September:






Sejumlah 38 orang anak yatim telah diraikan dalam majlis berbuka puasa semalam.Program ini adalah anjuran bersama oleh Exco Pembangunan Keluarga,Wanita dan Kebajikan dan Hotel Seri Malysia Alor Star.

Menurut Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia,En Abd Wahab Md Osman,program ini adalah lanjutan daripada program berbuka puasa yang dianjurkan setiap tahun sejak 14 tahun yang lalu.

Selain daripada dihidangkan dengan berbagai juadah,mereka juga diberi sumbangan dalam bentuk hadiah-hadiah yang lain.

Dalam majlis itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,YB Ustazah Aishah Ghazali telah memberi ucapan.Turut hadir ialah Yb Dr Ismail Salleh.

Tiada ulasan: