Rabu, 10 September 2008

Lapuran polis dan BPR akan dibuat


Wisma Darul Aman,10 September:

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada hari ini telah memutuskan untuk membuat lapuran Polis dan BPR terhadap pengurusan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri(GLC)yang lalu.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO YAB Dato' Seri Menteri Besar menegaskan perkara itu."Beberapa GLC jelas menyalahgunakan kuasa dan wang.Bahan-bahan bukti ada dalam simpanan kita",ujar beliau.

"Selepas enam bulan mentadbir Kerajaan Negeri Kedah telah sampai masanya untuk kita bertindak",tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan saya dengan beberapa orang ramai,mereka menunjukkan reaksi yang positif.

Kerajaan Negeri tidak bermaksud untuk membalas dendam,tetapi kesalahan dan penyelewengan tidak harus ditutup dan dibiarkan begitu saja.

Tiada ulasan: