Selasa, 2 September 2008

Estet Padi Jelai



Oleh: Ramli Jaafar

Alor Star : Ojektif utama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengilhamkan estet padi ini adalah untuk memastikan Kedah kekal sebagai negeri jelapang padi negara kerana sebanyak 40 peratus daripada bekalan negara perlu ditampung oleh petani dikawasan MADA yang berkeluasan 100.000 hekter

Program estet padi juga bertujuan untuk meningkatkan purata hasil pengeluaran padi daripada 4.09 tan sehekter kepada 7.5 tan sehekter iaitu sasaran pencapaian MADA .
Dalam masa yang sama petani-petani juga akan mempunyai hak ke atas sebahagian daripada keuntungan tanah dan juga berpeluang memperolehi pendapatan sebagai pekerja ladang.

Program ini sedang dan telah dilaksanakan di Jelai, DUN Alur Mengkudu diatas tanah sawah seluas 143 hekter dan akan meningkat hingga ke 153 hekter secara berperingkat, dimana seramai 38 orang petani terlibat mengusahakan estet padi berkenaan.

Projek estet padi di Jelai ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri meningkatkan pengeluaran padi 10 tan sehekter. MADA mensasarkan peningkatan keluasan ke tahap 7,982 hekter pada tahun 2008 dan 20,000 hekter kawasan penanaman padi untuk diubah menjadi estet padi.

Estet padi juga didefinisikan sebagai satu projek perniagaan yang diuruskan secara sistematik dengan pemantauan MADA juga jawatankuasa projek di Jelai yang merangkumi kawasan 40 herkter, dimana pulangan di agihkan kepada pemegang saham atau peserta projek.

Pembahagian kepada keluasaan 40 hekter ini dibahagikan pula kepada 20 hekter yang diurus oleh MARDI yang dikenali sebagai PROjEK PERTANIAN TEPAT(Trans-Pack) yang mana dikendali dibawah kawalan Dr Suahimi Othman selaku perunding projek penyelidikan. 20 hekter lagi ialah projek biasa tetapi mempunyai pentadbiran yang sama.

Menurut En Omar Ismail, Ketua Projek estet Jelai sasaran 7 tan sehekter oleh MADA telah pun mencapai sasaran malahan telah pun melebihi taget pada musim pertama dan sekarang telah pun masuk musim kedua dimana pulangan akan diberikan kepada petani mengikut musim yang dikeluarkan, ujar beliau.

Tambah beliau, di Jelai satu kumpulan briged diujudkan dimana terdiri daripada 25 anak-anak muda dan ahli sendiri yang memperoehi pendapatan hasil kerja diestet padi Jelai dengan bekerja meracun, membaja dan kerja-kerja yang berkaitan dan dibayar selepas selesai tugas mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

‘ Dengan secara tidak langsung penghijrahan anak-anak muda di Jelai khususnya keluar mencari pendapatan diluar Jelai tidak lagi menjadi persoalan disini, ujarnya kepada Warta Darul Aman.

Selain daripada itu diantara usaha pihak MADA ialah menjadikan estet padi Jelai sebagai hab pengeluaraan benih padi yang bermutu tinggi. Bila kualiti benih yang baik sudah tentu pengeluran hasil padi juga akan meningkat tinggi.

Demikian yang dijelaskan , Timbalan Pengerusi wilayah 3, Pendang Nik Fazliana Nik Ahmad kepada YB Dr Ismail Salleh ADUN Alur Mengkudu dalam lawatan beliau bersama pusat khidmat wakil rakyat ke estet Jelai baru-baru ini.
Pihak MADA optimis sasaran menjadikan tanamam padi secara komisel akan dapat meningkatkan taraf hidup petani, ujarnya.

Tamat

Tiada ulasan: