Rabu, 10 September 2008



Oleh; rjwarta@yahoo.com

Alor Mengkudu : Bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan Al Mubarak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Alor Mengkudu tidak ketinggalan melakukan amal ibadat dan bersedekah'

Antaranya ialah program memasak bubur lambuk di pusat khidmat setiap hari bermula awal ramadzan lagi. Bungkusan bubur lambuk yang dapat disediakan antara 250 hingga 300 bungkus setiap hari dapat diedar kepada orangramai terutama masyarakat setempat.

Difahamkan juga yang menariknya ialah disamping pertugas-pertugas pusat khidmat yang sedia ada, program ini mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan penduduk disitu dan ramai orang kampung yang datang sama-sama membantu memasak dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

" Inilah yang memeriahkan lagi program ini, ujar Ustaz Yaakub, Pengerusi Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu.

Adalah diharapkan program ini bukan sahaja dapat menyemarakan semangat Ramadan tetapi juga dapat merapatkan hubungan siratulrahim dibulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini.

Berita oleh rjwarta

Tiada ulasan: