Rabu, 3 September 2008

Bubur Kanji percuma di PKWR




ALOR MENGKUDU,4 SEPT 2008:

Bermula 2 Ramadhan 1429 h,Pusat Khidmat Wakil Rakyat(PKWR) telah mengadakan aktiviti peyediaan dan pemberian bubur kanji secara percuma seperti yang diadakan di kebanyakan masjid di seluruh Malaysia sempena bulan Ramadhan.Aktiviti ini diselia oleh USTAZ YAAKUB selaku pengerusi PKWR yang bertindak sebagai ketua chef dibantu oleh USTAZ AZIZ sebagai penolongnya.Aktiviti ini turut dibantu oleh penduduk kampung yang berhampiran.

Aktiviti ini dimulakan seawal jam 12.30 tgh hari dan berakhir pada jam 3.00 dengan pengagihan bubur kanji yang telah siap dibungkus.Sebanyak 250 bungkus bubur kanji berjaya diedarkan pada setiap petang.

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan tetapi juga dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan pihak PKWR.Ia juga dapat membina semangat bergotong-royong dan tolong menolong dikalangan umat Islam di kawasan ini.




Turut serta dalam penyediaan bubur kanji pada petang ini ialah wakil rakyat Alor Mengkudu,Dr Ismail bin Salleh yang berada di PKWR sejak pagi lagi untuk program mingguan rawatan perubatan percuma.

Tiada ulasan: