Thursday, September 11, 2008
USROH BULANAN UNTUK PEGAWAI KERAJAAN
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 8 September – Kerajaan Negeri Kedah merancang akanmelaksanakan program pembangunan insan untuk pegawai kerajaan ataulebih dikenali sebagai 'usrah bulanan'.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan BukanKerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh berkata,sasaran pertama Kerajaan Negeri ialah Ahli-Ahli Majlis MesyuaratKerajaan Negeri (EXCO), Ketua-Ketua Jabatan dan Kerajaan serta PegawaiDaerah.
"Sasaran kedua ialah Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), sasaran ketigaialah semua penghulu di Kedah dan sasaran keempat ialah semua ketuakampung di negeri ini," jelasnya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri turut berharap mendapat bantuan lainterutama dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan jabatan-jabatanlain yang terlibat.
"Program ini adalah pertama kali diadakan yang bertujuan untukmelahirkan masyarakat yang berintegriti," ujarnya.
Tambahnya, sasaran Kerajaan Negeri dalam masa beberapa tahun iniadalah untuk menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri yang palingselamat dan paling rendah dari segi gejala sosial seperti penagihandadah, rasuah dan sebagainya bersesuaian dengan moto 'KedahSejahtera'.
Rabu, 10 September 2008

Oleh; rjwarta@yahoo.com
Alor Mengkudu : Bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan Al Mubarak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Alor Mengkudu tidak ketinggalan melakukan amal ibadat dan bersedekah'
Antaranya ialah program memasak bubur lambuk di pusat khidmat setiap hari bermula awal ramadzan lagi. Bungkusan bubur lambuk yang dapat disediakan antara 250 hingga 300 bungkus setiap hari dapat diedar kepada orangramai terutama masyarakat setempat.
Difahamkan juga yang menariknya ialah disamping pertugas-pertugas pusat khidmat yang sedia ada, program ini mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan penduduk disitu dan ramai orang kampung yang datang sama-sama membantu memasak dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.
" Inilah yang memeriahkan lagi program ini, ujar Ustaz Yaakub, Pengerusi Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu.
Adalah diharapkan program ini bukan sahaja dapat menyemarakan semangat Ramadan tetapi juga dapat merapatkan hubungan siratulrahim dibulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini.
Berita oleh rjwarta

KAKITANGAN AWAM KEDAH DAPAT BONUS SEBULAN GAJI
Oleh : AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 3 September: Kakitangan awam negeri Kedah mampu tersenyum apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak lebih RM8 juta sebagai bonus untuk mereka. Seramai 9,539 kakitangan kerajaan negeri Kedah dan agensi di bawahnya bakal menikmati bonus bulan ini.
Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini. Tambahnya lagi, pembayaran bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 itu akan dibayar kepada 143 Pegawai Tadbir Negeri (PTN), 203 kakitangan Kumpulan Pengurusan dan 5,524 kakitangan Kumpulan Sokongan.
Selain pemberian bonus ini turut melibatkan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu seramai 2,816 orang serta 853 orang kakitangan berkanun.
Sehubungan itu, YAB Dato' Seri Azizan juga memberitahu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM11 juta setiap bulan untuk pembayaran gaji dan elaun kakitangan di seluruh negeri Kedah.
Menyentuh mengenai tanggungan bebanan kerajaan yang lain termausuklah hutangnya dengan Kerajaan Pusat beliau berkata, Kerajaan Negeri telah meyediakan pelan dan jadual pembayaran setiap tahun.
"Kita ada duit dan mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah Kedah dahulu. Tahun ini kita akan bayar hutang kita," katanya.

Lapuran polis dan BPR akan dibuat

Wisma Darul Aman,10 September:
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada hari ini telah memutuskan untuk membuat lapuran Polis dan BPR terhadap pengurusan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri(GLC)yang lalu.
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO YAB Dato' Seri Menteri Besar menegaskan perkara itu."Beberapa GLC jelas menyalahgunakan kuasa dan wang.Bahan-bahan bukti ada dalam simpanan kita",ujar beliau.
"Selepas enam bulan mentadbir Kerajaan Negeri Kedah telah sampai masanya untuk kita bertindak",tambah beliau lagi.
Dalam tinjauan saya dengan beberapa orang ramai,mereka menunjukkan reaksi yang positif.
Kerajaan Negeri tidak bermaksud untuk membalas dendam,tetapi kesalahan dan penyelewengan tidak harus ditutup dan dibiarkan begitu saja.

Sunday, September 7, 2008
PENYANYI WANITA MESTI MENUTUP AURAT
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 4 September – Kerajaan Negeri Kedah menguatkuasakan larangan persembahan di khalayak membabitkan penyanyi wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh berkata, keputusan itu telah diambil dalam Mesyuarat Exco dua bulan lalu.
"Jika ada artis berimej baik seperti Waheeda dan nasyid wanita serta lirik lagunya juga elok, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula larangan itu," jelasnya.
Menurutnya, jika ada persembahan artis wanita khas untuk penonton wanita sahaja, persembahan itu dibenarkan.
"Kerajaan Negeri ikut langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuk akan mengasingkan penonton lelaki dan wanita jika ada persembahan artis di negeri ini," katanya.
Ujarnya, larangan itu adalah bagi mengurangkan impak kurang baik kepada penonton yang dibawa oleh penyanyi yang berimej kurang elok.
"Kerajaan Negeri juga turut melarang artis lelaki yang berimej kurang sopan membuat persembahan di negeri ini," katanya.
YB. Dr. Ismail Salleh turut menjelaskan bahawa persembahan kebudayaan oleh wanita yang tidak menutup aurat turut tidak dibenarkan dan perlu digantikan dengan penari kanak-kanak yang belum akil baligh.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 9:54 AM
Isnin, 8 September 2008
Khutbah Nabi saw Menyambut bulan Ramadhan

Written by Abu Ashbal
Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya hari-hari yang utama, malam-malamnya malam-malam yang paling utama, dan saat-saatnya saat-saat yang paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membim-bingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.Muliakan orang yang lebih tua dari kamu, sayangi yang lebih muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang dan pendengaran dari apa yang tidak halal didengar. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu shalatmu karena itulahsaat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawabmereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketikamereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai oleh perbuatan-mu, bebaskan dirimu dengan istighfarmu. Punggungmu berat olehbeban-bebanmu, ringankan dengan lamanya sujudmu.
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah swt bersumpah dengan kemuliaan-Nya untuk tidak menyiksa orang-orang yang shalat dan orang-orang yang sujud, dan tidak mencampakkan mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju Tuhan alam semesta.
Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, tidak semua kami mampu berbuat demikian". Rasulullah saw bersabda: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah swt memberi pahala kepada orang yang beramal sekalipun sedikit, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu."
Wahai manusia! Siapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirathal mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan pembantu dan pegawainya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya dibulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini Allah akan menghubungkan dia dengan kasih sayang-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan ia dengan kasih sayang-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunnat di bulan ini, Allah akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan shalat fardhu, baginya ganjaran 70 kali shalat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa membaca satu ayat al-Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lainnya.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulallah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Nabi saw menjawab: "Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah swt.
Ahad, 7 September 2008
Usrah untuk kakitangan dan pegawai kerajaan

Wisma Darul Aman,8 September:
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Insan Negeri Kedah telah memutuskan untuk mengadakan usrah bulan untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang akan bermula selewat-lewatnya Januari 2009.
Sasaran kakitangan kerajaan adalah seperti berikut:
1.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,ADUN,Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah
2.Semua Pegawai Pentadbir Negeri(KCS)
3.Penghulu
4.Ketua-ketua kampung
Tujuan usrah ini diadakan ialah untuk melahirkan pentadbir dan pegawai yang berintergriti dalam urusan pentadbiran negeri yang akhirnya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri yang paling selamat untuk didiami.
Mesyuarat turut diberi taklimat tentang program Kem Bina Sakhsiyah 2008 yang akan diadakan pada 16 November - 6 December 2008.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dr Ismail Salleh,Exco kerajaan Negeri.
Anak yatim Padang Terap diraikan

Alor Star,8 September:
Sejumlah 38 orang anak yatim telah diraikan dalam majlis berbuka puasa semalam.Program ini adalah anjuran bersama oleh Exco Pembangunan Keluarga,Wanita dan Kebajikan dan Hotel Seri Malysia Alor Star.
Menurut Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia,En Abd Wahab Md Osman,program ini adalah lanjutan daripada program berbuka puasa yang dianjurkan setiap tahun sejak 14 tahun yang lalu.
Selain daripada dihidangkan dengan berbagai juadah,mereka juga diberi sumbangan dalam bentuk hadiah-hadiah yang lain.
Dalam majlis itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,YB Ustazah Aishah Ghazali telah memberi ucapan.Turut hadir ialah Yb Dr Ismail Salleh.
Banjir dan ribut melanda Kedah

Alor Star,7 September:
Jam 2 pagi semalam saya dikejutkan dengan panggilan talipon.Saya baru saja cuba melelapkan mata.Sudah tentu ada panggilan yang penting dan tekaan saya tepat.Panggilan mengatakan ribut melanda Taman Wira Mergong.
Hujan turun tanpa henti diseluruh negeri Kedah sejak siang hari kelmarin.Beberapa kawasan dilanda banjir terutamanya di Daerah Yan,Kuala Muda dan Pendang.
Pagi tadi saya terus ke blok A dan B Taman Wira Mergong.Sebanyak dua puluh buah rumah dilanda ribut dan berlaku kerosakan teruk di tiga buah rumah.Saya berada disitu melawat mangsa yang dilanda ribut.Beberapa orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) telah berada ditempat kejadian.
Mengikut saksi kejadian ribut itu berlaku pada jam 11.00 malam dikala hujan turun renyai-renyai.Ada mangsa yang telah dilanda ribut buat kali keempat dalamasa beberapa tahun kebelakangan ini.Turut melawat mangsa kejadian ialah YB Ustazah Siti Aishah Ghazali,Exco kebajikan Kerajaan Negeri.
Jam 12 tengahari saya bersama dengan YB Ustazah Aishah terus ke Daerah Yan untuk melihat mangsa-mangsa perpindahan akibat banjir.Ditengah jalan kami terus menyertai konvoi YAB Dato' Seri Menteri Besar yang juga menuju arah yaang sama.
Kumpulan besar kami yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar telah melawat beberapa pusat mangsa pemindahan banjir di Daerah Yan.
Lawatan di Daerah Yan berakhir di Dulang Kecil di rumah mangsa korban pertama akibat banjir.Mangsa yang berumur 73 tahun dilapurkan hilang jam 6.00 pagi dan ditemui pada jam 11.00 pagi di sungai dibelakang rumahnya 500 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh.
Sehingga jam 1.00 tengahari,sebanyak 1565 orang mangsa banjir dari 33o keluarga telah dipindahkan dilapan pusat pemindahan.Walaubagaimanapun air semakin surut.
Disetiap tempat pemindahan tersebut YAB Dato' Seri Menteri Besar telah menyampaikan sumbangan.Selepas itu konvoi YAB Dato' Seri menteri Besar meneruskan perjalanan mereka ke Bedong manakala kami terus pulang ke pejabat kerana ada urusan lain.

Sabtu, 6 September 2008
PETANDA 'KERANAPAN' UMNO?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, MT perlu melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.
Kata Rais, dia membuat gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.
Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.
Masalahnya Datuk Seri, orang UMNO sekarang ni diasuh untuk 'tengok terbalik' macam yang pernah depa-kata bangkitkan dulu. Yang kalah teruk, depa diajar untuk kata menang besar; yang tak ok, depa diasuh untuk kata ok; yang patut cakap, depa dididik suruh dok diam-diam. Akhirnya semua kaedah tu sebati dengan cara berfikir depa.
Jadi tak hairan la kalau benda-benda yang salah, depa nampak macam tak salah...
RM 14 juta , RM 25 juta , RM 50 juta , Belanja 140 Orang MP Ke Luar Negara ?
Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 13:30:25 MYT oleh SongkokPutih
Oleh ulitmayang
"
Sekiranya berita dan maklumat di bawah ada betul , cuba rakyat anggarkan berapa perbelanjaan untuk menaja seramai 140 [ atau sebahagian daripada nya ] orang Ahli Parlimen , anjuran oleh BNBBC , oleh kerajaan umno/bn ?
- Tiket kapal terbang
- Hotel
- Makan & Minum
- Duit poket
Agak – agak tidak kurang dari RM 14,000,000.00 [ dibaca RM 14 juta ]. Tidak ada angka rasmi lagi , tunggu dia orang ni balik makan angin.
Sekiranya berita itu betul dan benar , rakyat mengutuk sekeras - kerasnya pembaziran yang luar biasa ini , di bulan puasa , cuma bagi menyelamatkan kerajaan umno/bn yang sudah ditolak
Catatan
Kepada tuan - tuan dan puan - puan , yang selalu melancong ke luar negeri , bagi suatu tempoh yang agak lama, seperti 14 hari , berapa anggaran perbelanjaan yang perlu disediakan ?
TPM restui pemukiman BNBBC di luar negara
05/09/2008 2:09pm
BERITA PENUH
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.
Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.`
`Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini. - Utusan
"
Mengapa pembaziran ini harus berlaku
Bukankah ini bulan Ramadhan?
Bulan untuk berjimat cermat
Apa relevannya menghabiskan duit rakyat sebegitu banyak
Ini pembaziran duit rakyat yang melampau
Ini pembaziran duit kita yang tidak boleh dimaafkan
Semoga rakyat makin nampak keborosan dan penyalahgunaan duit kita
Inilah sifat mereka dari dulu,kini dan selamanya.

Jumaat, 5 September 2008
Selamat menjalani Ibadah Puasa
http://testifriendster.net">More RAMADHAN graphicsSelamat menyambut dan menjalani ibadah puasa saya ucapkan kepada muslimin dan muslimat diseluruh Malaysia
Semua Pimpinan Pakatan Rakyat disemua peringkat
YAB menteri Besar Kedah DA
Rakan-rakan EXCO Kerajaan Negeri Kedah
Rakan-rakan ADUN Kedah
Sahabat-sahabat seperjuangan dalam Badan Perhubngan Pas Kedah
Semua AJK Pas Kawasan Alor Star
AJK Pemuda dan Muslimat Kawasan,Ajk MTD,Ajk Cawangan dan UPU
Teristimewa untuk seluruh warga DUN Alor Mengkudu
Kemana hala tuju dakwah kita?

Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 05:52:33 MYT oleh SongkokPutih Oleh al-bakistani
"Selesai menyampaikan kuliah disurau MBPJ, seorang pemuda yang berambut panjang, dan memakai rantai di tengkoknya (bukan rantai Emas) telah menyapaku. Aku amat pasti, dia adalah antara puluhan pemuda yang mendengar kuliah zohorku itu.
Mungkin aku tidak terlalu mahir dengan dunia artis dan hiburan di Malaysia. Yang mana, pemuda yang menegur itu memperkenalkan dirinya dan menyatakan bahawa dia adalah seorang artis yang bekerja sebagai penyanyi.
Aku terkejut. Rupa-rupanya antara yang bersedia mendengar ulasanku tentang sirah nabi itu adalah soerang artis. Kami berbual. Berkisar tentang dunia artis dan hiburan. Dia menyebut, bahawa dia telah bertaubat dari menyanyi lagu-lagu yang melalaikan. Sambil itu menyerahkan kepadaku satu CD album yang dia buat. Dia menyebut, dia sedang berusaha hendak menghasilkan satu album yang bercorak ketuhanan. Aku sangat-sangat mengalu-alukan cita-citanya itu.
ISLAM DAN ARTIS
Setelah berjumpa dengan artis tersebut (tak perlu disebut namanya), aku minta izin untuk balik kerumah. Dia tersenyum seakan-akan memahami aku kesibukan sedikit.
Aku berkata kepadanya bahawa aku ingin berkawan dengannya dan ingin mendalami perasaan dan jiwa seorang artis. Dia tidak membalas permintaanku, tetapi sekadar melemparkan senyum sahaja.
Semasa dalam perjalanan pulang, aku terfikir tentang artis-artis ini dikala Islam memerintah Malaysia. Apa yang pasti, setelah berjumpa dengan artis tadi, aku sudah mula berfikir bahawa mereka bukanlah orang yang bencikan Islam, tetapi mereka agak lemah mendapat pendedahan islam.
Kelemahan itu, kadangkala bukan kerana mereka tidak mahu mendampingi orang-orang agama, tetapi disebabkan gerak geri dan tindak tanduk orang-orang agama menjadi penyebab utama mereka agak mengasingkan diri dari agama.
Kebiasaannya pendakwah-pendakwah kita sering memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama yang sering menutup sahaja, sedangkan jika dikaji secara mendalam terhadap islam, islam bukanlah satu agama yang terus menutup segala ruang hiburan, tetapi islam mengharamkan satu bentuk hiburan, kemudian menyediakan bentuk hiburan yang tidak terlarang.
Pada fikiranku, inilah kelemahan yang perlu difikirkan oleh setiap pendakwah-pendakwah di Malaysia kini.
Justeru itulah, aku amat tidak bersetuju apabila ada sebilangan dari pihak islam yang menyerang secara kekerasan terhadap satu program, tetapi dalam masa yang sama tidak pernah menganjurkan program yang mempunyai bentuk yang agak sama, tetapi telah diedit agar bentuknya itu tidak bercanggah dengan islam.
APA PATUT KITA BUAT
Aku bimbang dengan cara yang sedang diamalkan ini akan melahirkan golongan yang memberontak terhadap agama, yang seterusnya mereka menyerang agama sehinggakan mereka menjadi musuh Islam.
Mereka menjadi musuh Islam, bukan kerana mereka tidak mahukan islam, tetapi mereka menjadi musuh islam disebabkan mereka benci dengan sikap sebilangan pendakwah-pendakwah yang pada kiraan mereka bertindak konservatif.
Aku pernah mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim. Dalam ceramah, beliau ada menyebut bahawa karl marx melahirkan kata-kata bahawa "agama adalah candu" lantaran melihat keadaan golongan agama kristian (paderi) yang kaya raya, tetapi dalam masa yang sama rakyat mereka papa kedana kemiskinan.
Mendengar ulasan itu, aku berfikir. Alangkah indahnya jika karl marx ini hidup di zaman nabi SAW, yang beliau sendiri akan melihat bagaimana kebaikan, keadilan dan kebajikan islam yang telah baginda lakukan, yang padaku, sekiranya karl marx lihat semua ini, sudah pasti Karl Marx tidak akan mengeluarkan satu ungkapan yang sesat menyesatkan itu.
Itu masa lampau. Yang lebih aku bimbang, apabila lahirnya manusia-manusia seperti Kasim Ahmad yang sudah mula berani mempertikaikan kandungan Hadis Nabi SAW, Salman Rushdi yang mula mempertikaikan kenabian Muhammad SAW.
Kalau kita membaca tulisan-tulisan Kasim Ahmad, kita akan dapat satu kesimpulan, bahawa beliau merupakan seorang yang memberontak. Memberontak dikala beliau ingin mengenali Allah. Disebabkan kelemahan dari pihak Islam yang agak lemah untuk memberi jawapan yang memuaskan mereka, menyebabkan mereka menjadi orang yang menolak islam.
Aku kira, dalam hal ini, bukan kasim Ahmad sahaja yang perlu dipersalahkan, tetapi pendakwah juga perlu dipersalahkan.
SIKAP PENDAKWAH KINI
Aku dapat merasakan, pendakwah-pendakwah kini lebih memfokuskan dakwah mereka kepada skop yang terlalu kecil. Dakwah mereka masih lagi berlegar dikalangan umat Islam, masjid dan surau sahaja. Apabila diajak agar melebarkan ruang dakwah kepada non Muslim, mereka agak kurang boleh menerimanya.
Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan. Antara alasan yang masyhur, "kalau orang islam sendiri pun belum lagi mahu pegang islam, kenapa kita nak letih-letihkan diri kita untuk dakwah non Muslim".
Padaku, ini merupakan alasan yang terlalu dangkal. Alasan yang berasaskan satu kefahaman yang diciplak daripada barat.
Apakah mereka tidak melihat, bahawa di zaman Nabi terdapat orang kafir dan orang Munafiq. Walaupun terpaksa menghadapi orang Munafiq yang mengaku islam, dakwah Nabi SAW kepada non Muslim tetap diteruskan.
Lantaran itulah, lahirnya sahabat-sahabat nabi yang digelar sebagai "al-ansori" yang ketika itu sudah lahir orang-orang munafiq di madinah. Menunjukkan, dakwah nabi SAW kepada Non Muslim tetap diteruskan, walaupun disana terdapat orang-orang Islam yang tidak mahu kepada Islam.
PENUTUP
Sebagai pendakwah, tidak selayaknya kita membataskan dakwah Islam kita kepada sesame muslim sahaja, bahkan perlu ada satu perancangan yang cukup rapi dalam melakukan dakwah islam kepada non muslim.
Begitujuga kepada para artis, tidak selayaknya kita menutup terus lubang-lubang hiburan kepada mereka, tetapi sudah sampai masanya kita mengemukakan bentuk hiburan yang dibenarkan dalam islam, walaupun mereka masih lagi dengan rentak rock, Hip Hop dan sebagainya.
Kepada pihak yang berkuasa pula, sewajibnya mereka menyediakan kursus-kursus disamping menyediakan peruntukan perbelanjaan dalam mengelolakan usaha dakwah ini.
Pihak pendakwah pula, tidak boleh merasakan diri mereka telah terselamat dengan semata-mata mereka sudah hebat berceramah dan berkuliah di masjid dan surau. Apa yang perlu difikirkan oleh pendakwah adalah, berkawan dengan golongan-golongan yang tidak sealiran dengan kita, agar dari situ menjadi permulaan dalam menyampaikan islam kepada mereka.
Semua ini akan berjaya, sekiranya kita bermula dengan kesungguhan. Tetapi jika ini tidak dilakukan, dibimbangi tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.
Sekian Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan'

Jimadie Shah Othman Sep 5, 08 3:26pm
Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.
"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.
"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.
Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.
"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.
"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.
"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.
"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.
"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."
Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.
"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.
Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.
Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu.
Nikmat bulan Ramadhan

Alor Mengkudu,5 September:
Saya baru saja pulang dari menunaikan sembahyang sunat Tarawih seperti juga dimalam-malam yang lepas.
DUN Alor Mengkudu mempunya 14 buah Masjid.Saya dijadualkan untuk bertarawih disetiap buah masjid.Kini saya telah menunaikan tarawih diempat buah masjid.Disamping memberikan sedikit sumbangan dan memberi tazkirah disetiap buah masjid tersebut,dapat juga saya berbual mesra untuk mengiratkan lagi tali silaturahim.
Alangkah nikmatnya Ramadhan ini.Disiang hari berpuasa disamping menunaikan tugas harian,pada malamnya Allah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk hambanya yang kerdil ini untuk mencari keredaanNya.Entahlah kurasakan Ramadhan tahun ini lebih istimewa dari Ramadhan yang lepas-lepas.Walaupun dugaan yang terpaksa aku tempuhi pada tahun itu jauh lebih berat dari tahun-tahun yang lalu,namun aku tetap redho.Ini adalah kehendak yang Maha Esa.Tiada manusia yang inginkan kegagalan.Tiada manusia yang inginkan kekecewaan.
Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya.Setiap kejadian Allah itu sudah tentu penuh dengan hikmatnya.
Kuharapkan Ramadhan ini berjaya mendidik diriku menjadi manusia yang lebih bersyukur dan cekal.Apalah sangat dugaan ini berbanding dengan sahabat-sahabat kita di Palestin.Mereka menjadi pelarian di negeri sendiri.Dinafikan segala-gala kemudahan.Dikepung dengan peluru.
Namun jiwa mereka terus cekal.Merekalah yang sanggup berkorban meletupkan diri hanya semata-mata kerana mahukan Islam terus bernyawa.
Kuharap hari-hari yang akan ditempuhi terus cemerlang.Semoga Ramadhan itu benar-benar menjadi madrasah untuk membentuk diri ini untuk mengharungi sebelas bulan sebelum berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.
Aku berdoa kepada Mu ya Allah.Berilah kekuatan kepada hamba mu yang lemah ini.
Khamis, 4 September 2008
Bonus sebulan gaji untuk kakitangan kerajaan Kedah

ALOR STAR,3 SEPTEMBER:
Semua kakitangan perkhidmatan awam kerajaan negeri Kedah akan menerima bonus sebulan gaji bulan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau berkata 9,589 kakitangan, termasuk kakitangan perbadanan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, akan menerima bonus sama seperti yang diumumkan dalam bajet Kerajaan Pusat untuk kakitangan awam persekutuan yang lain."Bonus minima RM1,000, dan kerajaan Kedah membayarnya secara sekali gus pada September ini dan saya nasihatkan agar mereka pandai-pandai jimat perbelanjaan untuk akhir tahun," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri di sini, hari ini.
Katanya kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM8.1 juta, selain lebih RM11 juta sebulan khusus untuk membayar gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan negeri.Azizan berkata kerajaan Kedah juga akan memberi imbuhan khas kepada semua atlit yang berjaya meraih pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu dan pemain bola sepak Kedah yang berjaya menjuarai Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA, baru-baru ini.
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk mengisytiharkan tarikh 16 September sebagai cuti umum, sebagaimana dicadangkan Penasihat Parti Keadilah Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyanyi wanita tidak ditolak di Kedah

ALOR STAR 3 Sept. - Kedah tidak menolak sepenuhnya penyanyi wanita membuat persembahan di negeri ini seperti dilaporkan oleh sebuah laman web mengenai larangan dan etika persembahan yang dikuatkuasakan sejak Mei lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Dr. Ismail Salleh berkata, larangan supaya tidak menggalakkan penyanyi wanita membuat persembahan telah dipersetujui dalam beberapa mesyuarat Exco sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada siapa artis berkenaan, bagaimana imejnya dan lirik lagu yang bakal dinyanyikan.
''Kita menerima penyanyi nasyid wanita dengan hati yang terbuka, malah penyanyi yang membawa imej dan mesej lagu yang baik seperti Waheeda juga boleh dipertimbangkan untuk mengadakan persembahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, laman web berkenaan melaporkan Kedah menolak sebarang bentuk persembahan dan nyanyian daripada artis wanita dengan alasan suara wanita adalah aurat dan perlu dijaga.
Bagaimanapun sekiranya syarahan melibatkan ahli panel wanita, dibenarkan.
Menurut Dr. Ismail, berdasarkan kod etika dan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kedah turut menolak artis lelaki dengan penampilan tidak senonoh dan boleh mengundang perlakuan negatif kepada penonton terutama golongan muda.
''Kita tidak menolak seseorang artis itu atas dasar nama tetapi berdasarkan perlakuan dan imej yang dibawanya.
''Jika sebelum ini Perlis menolak Faizal Tahir, tetapi sekiranya artis berkenaan berubah dengan membawa imej dan lagu-lagu yang berunsur kebaikan, kita mempertimbangkannya," ujarnya.
Tambahnya, kerajaan negeri tidak menolak sebarang bentuk hiburan dan ia tetap diterima asalkan membawa manfaat kepada semua yang menyaksikannya.

Rabu, 3 September 2008
Bubur Kanji percuma di PKWR

ALOR MENGKUDU,4 SEPT 2008:
Bermula 2 Ramadhan 1429 h,Pusat Khidmat Wakil Rakyat(PKWR) telah mengadakan aktiviti peyediaan dan pemberian bubur kanji secara percuma seperti yang diadakan di kebanyakan masjid di seluruh Malaysia sempena bulan Ramadhan.Aktiviti ini diselia oleh USTAZ YAAKUB selaku pengerusi PKWR yang bertindak sebagai ketua chef dibantu oleh USTAZ AZIZ sebagai penolongnya.Aktiviti ini turut dibantu oleh penduduk kampung yang berhampiran.
Aktiviti ini dimulakan seawal jam 12.30 tgh hari dan berakhir pada jam 3.00 dengan pengagihan bubur kanji yang telah siap dibungkus.Sebanyak 250 bungkus bubur kanji berjaya diedarkan pada setiap petang.
Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan tetapi juga dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan pihak PKWR.Ia juga dapat membina semangat bergotong-royong dan tolong menolong dikalangan umat Islam di kawasan ini.

Turut serta dalam penyediaan bubur kanji pada petang ini ialah wakil rakyat Alor Mengkudu,Dr Ismail bin Salleh yang berada di PKWR sejak pagi lagi untuk program mingguan rawatan perubatan percuma.
Kedah larang penyanyi wanita...

Jimadie Shah Othman Sep 2, 08 5:29pm
Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini.
"(Penyanyi) perempuan memang kita tidak terima 100 peratus (untuk kelulusan permit hiburan).
"Tetapi kalau persembahan itu khas untuk orang perempuan sahaja tidak mengapa," kata Dr Ismail, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, penerangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan insan Kedah.
Beliau yang juga wakil rakyat Alor Mengkudu berkata, suara perempuan sebahagian daripada aurat.
"Kalau bersyarah lainlah," katanya kepada Malaysiakini, apabila diminta mengulas larangan sepenuhnya konsert di negeri itu yang kini bawah pentadbiran PAS.
Menurut Dr Ismail, perkara itu ditegaskan kembali dalam mesyuarat exco negeri Rabu lepas setelah diputuskan kira-kira dua bulan membentuk kerajaan selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat, Mac lalu.
Keputusan itu, tambahnya, antaranya berdasarkan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkannnya "cukup cantik" dan bersetuju sepenuhnya dengan isi kandungannya.
Sebelum ini, tambahnya, keputusan politik sudah jelas cuma di peringkat pentadbiran "agak berat dan perlahan" untuk dilaksanakan.
Dr Ismail berkata polis dan pegawai di pejabat daerah "tidak sebulu" dengan larangan itu kerana telah 50 tahun bekerja dengan bawah kerajaan BN negeri.
Kedua-dua badan kerajaan ini bertanggungjawab terhadap permit hiburan, katanya.
Dr Ismail turut menjelaskan, pengharaman turut melibatkan persembahan lain yang memberikan kesan negatif golongan remaja bukan sahaja empat jenis muzik yang dilaporkan Jumaat lepas – reggae, pop, rock dan dangdut.
"(Empat jenis muzik) itu hanya contoh," katanya.
Bagaimanapun, menurut Dr Ismail lagi, pengharaman tersebut buat masa ini hanya diguna pakai untuk tempat terbuka.
Acara persembahan pentas lain seperti tarian pula digalakkan untuk kanak-kanak sekolah bagi menggantikan penari dewasa kerana belum akil baligh, kata Adun PAS itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak berhubung pengharaman itu, esok.
"Kita ingin berbincang dengan kerajaan negeri tentang keputusan itu," kata pengurusnya Ahmad Abdullah.
Karyawan juga menggesa kerajaan Kedah memperhalusi lagi larangan tersebut.
Ia juga mencadangkan sebarang keputusan berhubung isu-isu seni dan hiburan mestilah melibatkan kumpulan seniman
Selasa, 2 September 2008
Estet Padi Jelai

Oleh: Ramli Jaafar
Alor Star : Ojektif utama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengilhamkan estet padi ini adalah untuk memastikan Kedah kekal sebagai negeri jelapang padi negara kerana sebanyak 40 peratus daripada bekalan negara perlu ditampung oleh petani dikawasan MADA yang berkeluasan 100.000 hekter
Program estet padi juga bertujuan untuk meningkatkan purata hasil pengeluaran padi daripada 4.09 tan sehekter kepada 7.5 tan sehekter iaitu sasaran pencapaian MADA .
Dalam masa yang sama petani-petani juga akan mempunyai hak ke atas sebahagian daripada keuntungan tanah dan juga berpeluang memperolehi pendapatan sebagai pekerja ladang.
Program ini sedang dan telah dilaksanakan di Jelai, DUN Alur Mengkudu diatas tanah sawah seluas 143 hekter dan akan meningkat hingga ke 153 hekter secara berperingkat, dimana seramai 38 orang petani terlibat mengusahakan estet padi berkenaan.
Projek estet padi di Jelai ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri meningkatkan pengeluaran padi 10 tan sehekter. MADA mensasarkan peningkatan keluasan ke tahap 7,982 hekter pada tahun 2008 dan 20,000 hekter kawasan penanaman padi untuk diubah menjadi estet padi.
Estet padi juga didefinisikan sebagai satu projek perniagaan yang diuruskan secara sistematik dengan pemantauan MADA juga jawatankuasa projek di Jelai yang merangkumi kawasan 40 herkter, dimana pulangan di agihkan kepada pemegang saham atau peserta projek.
Pembahagian kepada keluasaan 40 hekter ini dibahagikan pula kepada 20 hekter yang diurus oleh MARDI yang dikenali sebagai PROjEK PERTANIAN TEPAT(Trans-Pack) yang mana dikendali dibawah kawalan Dr Suahimi Othman selaku perunding projek penyelidikan. 20 hekter lagi ialah projek biasa tetapi mempunyai pentadbiran yang sama.
Menurut En Omar Ismail, Ketua Projek estet Jelai sasaran 7 tan sehekter oleh MADA telah pun mencapai sasaran malahan telah pun melebihi taget pada musim pertama dan sekarang telah pun masuk musim kedua dimana pulangan akan diberikan kepada petani mengikut musim yang dikeluarkan, ujar beliau.
Tambah beliau, di Jelai satu kumpulan briged diujudkan dimana terdiri daripada 25 anak-anak muda dan ahli sendiri yang memperoehi pendapatan hasil kerja diestet padi Jelai dengan bekerja meracun, membaja dan kerja-kerja yang berkaitan dan dibayar selepas selesai tugas mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.
‘ Dengan secara tidak langsung penghijrahan anak-anak muda di Jelai khususnya keluar mencari pendapatan diluar Jelai tidak lagi menjadi persoalan disini, ujarnya kepada Warta Darul Aman.
Selain daripada itu diantara usaha pihak MADA ialah menjadikan estet padi Jelai sebagai hab pengeluaraan benih padi yang bermutu tinggi. Bila kualiti benih yang baik sudah tentu pengeluran hasil padi juga akan meningkat tinggi.
Demikian yang dijelaskan , Timbalan Pengerusi wilayah 3, Pendang Nik Fazliana Nik Ahmad kepada YB Dr Ismail Salleh ADUN Alur Mengkudu dalam lawatan beliau bersama pusat khidmat wakil rakyat ke estet Jelai baru-baru ini.
Pihak MADA optimis sasaran menjadikan tanamam padi secara komisel akan dapat meningkatkan taraf hidup petani, ujarnya.
Tamat
Langgan:
Catatan (Atom)