Sabtu, 6 September 2008

RM 14 juta , RM 25 juta , RM 50 juta , Belanja 140 Orang MP Ke Luar Negara ?

Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 13:30:25 MYT oleh SongkokPutih

Oleh ulitmayang
"
Sekiranya berita dan maklumat di bawah ada betul , cuba rakyat anggarkan berapa perbelanjaan untuk menaja seramai 140 [ atau sebahagian daripada nya ] orang Ahli Parlimen , anjuran oleh BNBBC , oleh kerajaan umno/bn ?

- Tiket kapal terbang
- Hotel
- Makan & Minum
- Duit poket

Agak – agak tidak kurang dari RM 14,000,000.00 [ dibaca RM 14 juta ]. Tidak ada angka rasmi lagi , tunggu dia orang ni balik makan angin.

Sekiranya berita itu betul dan benar , rakyat mengutuk sekeras - kerasnya pembaziran yang luar biasa ini , di bulan puasa , cuma bagi menyelamatkan kerajaan umno/bn yang sudah ditolak

Catatan
Kepada tuan - tuan dan puan - puan , yang selalu melancong ke luar negeri , bagi suatu tempoh yang agak lama, seperti 14 hari , berapa anggaran perbelanjaan yang perlu disediakan ?

TPM restui pemukiman BNBBC di luar negara

05/09/2008 2:09pm

BERITA PENUH

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.`

`Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini. - Utusan
"

Mengapa pembaziran ini harus berlaku

Bukankah ini bulan Ramadhan?
Bulan untuk berjimat cermat

Apa relevannya menghabiskan duit rakyat sebegitu banyak
Ini pembaziran duit rakyat yang melampau
Ini pembaziran duit kita yang tidak boleh dimaafkan

Semoga rakyat makin nampak keborosan dan penyalahgunaan duit kita
Inilah sifat mereka dari dulu,kini dan selamanya.

Tiada ulasan: