Rabu, 10 September 2008
Sunday, September 7, 2008
PENYANYI WANITA MESTI MENUTUP AURAT
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 4 September – Kerajaan Negeri Kedah menguatkuasakan larangan persembahan di khalayak membabitkan penyanyi wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh berkata, keputusan itu telah diambil dalam Mesyuarat Exco dua bulan lalu.
"Jika ada artis berimej baik seperti Waheeda dan nasyid wanita serta lirik lagunya juga elok, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan semula larangan itu," jelasnya.
Menurutnya, jika ada persembahan artis wanita khas untuk penonton wanita sahaja, persembahan itu dibenarkan.
"Kerajaan Negeri ikut langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuk akan mengasingkan penonton lelaki dan wanita jika ada persembahan artis di negeri ini," katanya.
Ujarnya, larangan itu adalah bagi mengurangkan impak kurang baik kepada penonton yang dibawa oleh penyanyi yang berimej kurang elok.
"Kerajaan Negeri juga turut melarang artis lelaki yang berimej kurang sopan membuat persembahan di negeri ini," katanya.
YB. Dr. Ismail Salleh turut menjelaskan bahawa persembahan kebudayaan oleh wanita yang tidak menutup aurat turut tidak dibenarkan dan perlu digantikan dengan penari kanak-kanak yang belum akil baligh.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 9:54 AM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan