ALOR STAR 3 Sept. - Kedah tidak menolak sepenuhnya penyanyi wanita membuat persembahan di negeri ini seperti dilaporkan oleh sebuah laman web mengenai larangan dan etika persembahan yang dikuatkuasakan sejak Mei lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Dr. Ismail Salleh berkata, larangan supaya tidak menggalakkan penyanyi wanita membuat persembahan telah dipersetujui dalam beberapa mesyuarat Exco sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada siapa artis berkenaan, bagaimana imejnya dan lirik lagu yang bakal dinyanyikan.
''Kita menerima penyanyi nasyid wanita dengan hati yang terbuka, malah penyanyi yang membawa imej dan mesej lagu yang baik seperti Waheeda juga boleh dipertimbangkan untuk mengadakan persembahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, laman web berkenaan melaporkan Kedah menolak sebarang bentuk persembahan dan nyanyian daripada artis wanita dengan alasan suara wanita adalah aurat dan perlu dijaga.
Bagaimanapun sekiranya syarahan melibatkan ahli panel wanita, dibenarkan.
Menurut Dr. Ismail, berdasarkan kod etika dan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kedah turut menolak artis lelaki dengan penampilan tidak senonoh dan boleh mengundang perlakuan negatif kepada penonton terutama golongan muda.
''Kita tidak menolak seseorang artis itu atas dasar nama tetapi berdasarkan perlakuan dan imej yang dibawanya.
''Jika sebelum ini Perlis menolak Faizal Tahir, tetapi sekiranya artis berkenaan berubah dengan membawa imej dan lagu-lagu yang berunsur kebaikan, kita mempertimbangkannya," ujarnya.
Tambahnya, kerajaan negeri tidak menolak sebarang bentuk hiburan dan ia tetap diterima asalkan membawa manfaat kepada semua yang menyaksikannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan