Sabtu, 6 September 2008

PETANDA 'KERANAPAN' UMNO?


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, MT perlu melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.
Kata Rais, dia membuat gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

Masalahnya Datuk Seri, orang UMNO sekarang ni diasuh untuk 'tengok terbalik' macam yang pernah depa-kata bangkitkan dulu. Yang kalah teruk, depa diajar untuk kata menang besar; yang tak ok, depa diasuh untuk kata ok; yang patut cakap, depa dididik suruh dok diam-diam. Akhirnya semua kaedah tu sebati dengan cara berfikir depa.
Jadi tak hairan la kalau benda-benda yang salah, depa nampak macam tak salah...

Tiada ulasan: