Jumaat, 5 September 2008

Nikmat bulan Ramadhan


Alor Mengkudu,5 September:

Saya baru saja pulang dari menunaikan sembahyang sunat Tarawih seperti juga dimalam-malam yang lepas.

DUN Alor Mengkudu mempunya 14 buah Masjid.Saya dijadualkan untuk bertarawih disetiap buah masjid.Kini saya telah menunaikan tarawih diempat buah masjid.Disamping memberikan sedikit sumbangan dan memberi tazkirah disetiap buah masjid tersebut,dapat juga saya berbual mesra untuk mengiratkan lagi tali silaturahim.

Alangkah nikmatnya Ramadhan ini.Disiang hari berpuasa disamping menunaikan tugas harian,pada malamnya Allah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk hambanya yang kerdil ini untuk mencari keredaanNya.Entahlah kurasakan Ramadhan tahun ini lebih istimewa dari Ramadhan yang lepas-lepas.Walaupun dugaan yang terpaksa aku tempuhi pada tahun itu jauh lebih berat dari tahun-tahun yang lalu,namun aku tetap redho.Ini adalah kehendak yang Maha Esa.Tiada manusia yang inginkan kegagalan.Tiada manusia yang inginkan kekecewaan.
Namun Allah lebih mengetahui segala-galanya.Setiap kejadian Allah itu sudah tentu penuh dengan hikmatnya.
Kuharapkan Ramadhan ini berjaya mendidik diriku menjadi manusia yang lebih bersyukur dan cekal.Apalah sangat dugaan ini berbanding dengan sahabat-sahabat kita di Palestin.Mereka menjadi pelarian di negeri sendiri.Dinafikan segala-gala kemudahan.Dikepung dengan peluru.

Namun jiwa mereka terus cekal.Merekalah yang sanggup berkorban meletupkan diri hanya semata-mata kerana mahukan Islam terus bernyawa.

Kuharap hari-hari yang akan ditempuhi terus cemerlang.Semoga Ramadhan itu benar-benar menjadi madrasah untuk membentuk diri ini untuk mengharungi sebelas bulan sebelum berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

Aku berdoa kepada Mu ya Allah.Berilah kekuatan kepada hamba mu yang lemah ini.

Tiada ulasan: