Ahad, 7 September 2008

Usrah untuk kakitangan dan pegawai kerajaan


Wisma Darul Aman,8 September:


Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Insan Negeri Kedah telah memutuskan untuk mengadakan usrah bulan untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang akan bermula selewat-lewatnya Januari 2009.

Sasaran kakitangan kerajaan adalah seperti berikut:

1.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,ADUN,Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah

2.Semua Pegawai Pentadbir Negeri(KCS)

3.Penghulu

4.Ketua-ketua kampung

Tujuan usrah ini diadakan ialah untuk melahirkan pentadbir dan pegawai yang berintergriti dalam urusan pentadbiran negeri yang akhirnya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri yang paling selamat untuk didiami.

Mesyuarat turut diberi taklimat tentang program Kem Bina Sakhsiyah 2008 yang akan diadakan pada 16 November - 6 December 2008.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dr Ismail Salleh,Exco kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: