Alor Star,7 September:
Jam 2 pagi semalam saya dikejutkan dengan panggilan talipon.Saya baru saja cuba melelapkan mata.Sudah tentu ada panggilan yang penting dan tekaan saya tepat.Panggilan mengatakan ribut melanda Taman Wira Mergong.
Hujan turun tanpa henti diseluruh negeri Kedah sejak siang hari kelmarin.Beberapa kawasan dilanda banjir terutamanya di Daerah Yan,Kuala Muda dan Pendang.
Pagi tadi saya terus ke blok A dan B Taman Wira Mergong.Sebanyak dua puluh buah rumah dilanda ribut dan berlaku kerosakan teruk di tiga buah rumah.Saya berada disitu melawat mangsa yang dilanda ribut.Beberapa orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) telah berada ditempat kejadian.
Mengikut saksi kejadian ribut itu berlaku pada jam 11.00 malam dikala hujan turun renyai-renyai.Ada mangsa yang telah dilanda ribut buat kali keempat dalamasa beberapa tahun kebelakangan ini.Turut melawat mangsa kejadian ialah YB Ustazah Siti Aishah Ghazali,Exco kebajikan Kerajaan Negeri.
Jam 12 tengahari saya bersama dengan YB Ustazah Aishah terus ke Daerah Yan untuk melihat mangsa-mangsa perpindahan akibat banjir.Ditengah jalan kami terus menyertai konvoi YAB Dato' Seri Menteri Besar yang juga menuju arah yaang sama.
Kumpulan besar kami yang diketuai oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar telah melawat beberapa pusat mangsa pemindahan banjir di Daerah Yan.
Lawatan di Daerah Yan berakhir di Dulang Kecil di rumah mangsa korban pertama akibat banjir.Mangsa yang berumur 73 tahun dilapurkan hilang jam 6.00 pagi dan ditemui pada jam 11.00 pagi di sungai dibelakang rumahnya 500 meter dari tempat mangsa disyaki terjatuh.
Sehingga jam 1.00 tengahari,sebanyak 1565 orang mangsa banjir dari 33o keluarga telah dipindahkan dilapan pusat pemindahan.Walaubagaimanapun air semakin surut.
Disetiap tempat pemindahan tersebut YAB Dato' Seri Menteri Besar telah menyampaikan sumbangan.Selepas itu konvoi YAB Dato' Seri menteri Besar meneruskan perjalanan mereka ke Bedong manakala kami terus pulang ke pejabat kerana ada urusan lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan