Isnin, 13 Oktober 2008

Edaran Warta Darul Aman menyeluruh


Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 13 Oktober – Rakyat di negeri ini tidak perlu risau untuk mendapatkan akhbar Warta Darul Aman yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kedah di mana edarannya agak menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, YB. Dr Ismail Salleh berkata, orang ramai boleh mendapatkan akhbar Warta Darul Aman melalui pusat-pusat khidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Rakyat juga boleh mendapatkan akhbar berkenaan melalui Pejabat-Pejabat Daerah di tempat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ruangan Aduan Ringkas dalam Warta Daily berhubung kesulitan untuk mendapatkan Warta Darul Aman.

Menurutnya, bergantung kepada kewangan pada tahun depan, kita (Urusetia Penerangan Negeri Kedah) akan menambah pengeluaran Warta Darul Aman dua minggu sekali dengan jumlah yang sama.

Tambahnya, Urusetia Penerangan Negeri Kedah dalam proses penyusunan tugas kerja bagi memastikan berita-berita sentiasa terkini.

Tiada ulasan: