Isnin, 13 Oktober 2008

Ujibakat PASTI Sungai Petani




12 Oktober – "Perkembangan otak seorang manusia amat terhad masanya.Perkembangan fizikal akan terhenti pada umur 21 tahun tetapi perkembangan otak manusia akan terhenti sebelum umur 10 tahun.Sebab itu kanak-kanak diperingkat pra sekolah harus diberi stimulasi yang maksima supaya mendapat perkembangna otak yang maksima yang akan menjadi asas kepada pendidikan sekolah rendah dan menengah," demikian
antara ucapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr
Ismail Salleh, Exco sewaktu merasmikan majlis penutup sesi Uji Bakat
PASTI Kawasan Sungai Petani yang diadakan di Dewan MPSP hari ini.

Menurut Dr. Ismail, walaubagaimanapun ibubapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka kurang aktif semasa kecil kerana IQ semata-mata bukanlah penentu muktamad yang akan menentukan masa depan mereka,kerana ada diantara mereka yang rendah IQ yang umum tetapi mempunyai IQ yang tinggi dalam perkara-perkara tertentu.

Beliau mengambil contoh saintis terkenal Albert Einstein yang tidak cemerlang dizaman kanak-kanaknya tetapi otaknya disimpan setelah beliau meninggal dunia kerana kepintarannya.Begitu juga dengan dengan pakar komputer yang juga manusia terkaya di dunia Bill Gates yang tidak cemerlang di zaman persekolahanya.

Dalam Ujibakat PASTI ini sebanyak tujuh acara iaitu acara hafalan doa,
hafalan surah, bercerita dari kisah-kisah Al-Quran, azan Subuh,
khutbah, sajak dan nasyid telah dipertandingkan dikalangan
pelajar-pelajar PASTI yang berumur 5 dan 6 tahun. Seramai lebih kurang
150 orang peserta telah mengambil bahagian yang mewakili 27 buah PASTI
cawangan seluruh kawasan Sungai Petani.

Sessi Ujibakat ini diadakan setiap tahun bagi memlih wakil yang akan
mewakili kawasan ke Ujibakat PASTI peringkat negeri Kedah yang akan
diadakan pada 18hb Oktober nanti.

Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Ustaz Yusuf Awang,
Penasihat Jabatan PASTI Kawasan Sungai Petani dan Azman Ahmad Pengarah
Jabatan PASTI Kawasan Sungai Petani.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang
telah menunjukkan kebolehan masing-masing didalam acara yang
dipertandingkan.

Tiada ulasan: