Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 19 Oktober: Seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah, post-doctoral fellow, pelajar-pelajar sarjana dan kedoktoran dan pelajar pra-siswazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman.
Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Profesor Muhammad Syukri Salleh berkata, lawatan sambil belajar itu adalah pertama kali diadakan yang bertujuan untuk mengetahui keadaan dan suasana di negeri Jelapang Padi.
Menurutnya, pihaknya ingin meneroka bidang Islam di mana Negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat tentu mempunyai idea bagi membangunkan Negeri Kedah secara Islam.
“Kerajaan Negeri Kedah mungkin tengah merancang untuk melaksanakan pelbagai pendekatan terbaik dalam usaha memajukan negeri ini menjadi sebuah negeri yang aman dan sejahtera,” jelasnya.
Rombongan dari USM itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh yang mewakili Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
YB. Dr. Ismail Salleh dalam ucapannya berkata, Kedah yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak menghadapi banyak masalah, malah keadaan berjalan seperti biasa dengan rakyat langsung tidak merasa gelisah bertepatan dengan slogan kerajaan negeri, ‘Kedah Sejahtera’.
“Kita tahu enam bulan adalah tempoh menstabilkan sesebuah kerajaan tetapi rakyat tidak menghadapi masalah dan kerja sama semua pihak juga amat baik termasuk dengan pihak pentadbir, istana, pasukan keselamatan dan sebagainya,” jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri tidak boleh lari daripada masalah tetapi ianya dapat diatasi dengan baik sehingga tidak menjejaskan kehidupan rakyat.
“Apa yang penting ialah rakyat yakin dengan kita (Kerajaan Negeri) dan bukan sahaja rakyat, malah pihak luar (pelabur) banyak mengunjungi Negeri Kedah termasuk membincangkan tentang sistem kita (pentadbiran Kerajaan Negeri),” katanya.
Tambahnya, isu berkaitan judi, arak dan pelacuran juga turut menjadi agenda penting Kerajaan Negeri dalam usaha memberi penerangan yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri ini.
Tamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan