Isnin, 13 Oktober 2008

Sumbangan Kerusi Roda Oleh YB Dr. Ismail Salleh






Alor Star,10 Oktober:Jelas terbayang wajah keriangan Pak Cik Bakar Hanapiah,71.
apabila mendapat perhatian Pusat Khidmat Masyarakat DUN Alor Mengkudu apabila beliau menerima sumbangan kerusi roda baru-baru ini.

Beliau yang pada mulanya hanya mengalami sakit dibahagian urat saraf, kini tidak dapat berjalan hampir 3 tahun, melahirkan rasa gembira dan amat terharu diatas perhatian dan sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YB Dr Ismail Salleh ADUN kawasan berkenaan.

Turut hadir menziarahi beliau di rumahnya di Alor Binjai ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri kedah Sdr Zulkifli Yahya, Penolong Pengarah Multimedia Sdr Azman Ahmad juga pegawai-pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Alor Mengkudu

rjwarta@yahoo.com

Tiada ulasan: