Isnin, 3 November 2008

Amanat Bulanan MB Kedah- Perkarangan Dataran Wisma Darul Aman

Tuesday, November 4, 2008

Perhimpunan Pagi Bulan November
Amanat YAB Menteri Besar di perhimpunan bulanan
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR – Sekali lagi warga Wisma Darul Aman berkumpul menghadiriperhimpunan pagi bagi mendengar amanat serta perkembangan semasamengenai Wisma Darul Aman khususnya, dan negeri Kedah amnya yangdisampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz AzizanAbdul Razak.
Terkenal dengan sifatnya yang suka berjenaka, YAB Dato' Seri sempatberjenaka dengan warga Wisma Darul Aman membuatkan mereka terhibur.Dalam ucapannya, beliau menekankan adalah penting kepada kita sebagaikakitangan awam yang memikul tanggungjawab serta amanah orang ramaiuntuk memberi mutu perkhidmatan yang memuaskan kepada mereka. Inidisebabkan oleh rakyat adalah pembayar cukai dalam menjana ekonominegeri.
Naik turunnya sesebuah negeri bergantung kepada kesejahteraan rakyatdi samping pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Maka, adalahpenting kepada para pemimpin negeri mengamalkan sifat ikhlas danbersungguh-sungguh dalam memikul amanah dan tanggungjawab terhadaprakyat, tambah beliau lagi.
"Piagam pelanggan adalah penting bagi memastikan di mana pihakpentadbiran di semua peringkat dapat memberi perkhidmatan yang baikkepada rakyat," jelas beliau.
"Bila kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam berkhidmat kepada orangramai, balasan baik Allah Taala kurniakan," ujar beliau.
Kita sedia maklum dengan krisis ekonomi dunia sekarang yang turutdirasai di negeri kita. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai danakewangan yang kecil berbanding negeri-negeri lain, Kerajaan Negerimasih mampu memberi keselesaan kepada rakyat dengan memastikanpengagihan harta negeri diberi sama rata.
"Alhamdulillah, kita masih boleh menstabilkan ekonomi negeri sertaberjimat cermat walau dalam keadaan kewangan yang kecil," terangbeliau.
Selain daripada itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaanhasil daripada misi perdagangan beliau bersama beberapa Ahli MajlisMesyuarat Kerajaan ke Australia baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut,Kerajaan Negeri berjaya menjalin hubungan perdangangan dengan sebuahkolej di sana bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi menjayakanprojek Petroleum Hidrokarbon Hub.
"Kepada anak-anak Kedah yang layak, mereka akan di hantar ke Australiauntuk belajar kemahiran bagi menjayakan projek Petroleum HidrokarbonHub," jelas beliau.
Dalam perhimpunan tersebut, Kerajaan Negeri juga berbesar hatimenyampaikan anugerah kepada 13 anak-anak warga Wisma Darul Aman yangmencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPMdan STAM.

Tiada ulasan: