Isnin, 17 November 2008

YB DR ISMAIL RASMI KEJOHANAN TAEKWONDO



Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM



SUNGAI PETANI, 15 November – Seramai 300 pelajar sekolah rendah danmenengah dari negeri Kedah, Perak serta Kelantan menyertai KejohananTaekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka Kali Ke-2 yangdiadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Min Terk di sini.



Program yang bermanfaat kepada para remaja itu dirasmikan oleh AhliMajlis Mesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan danPenerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, YBDr Ismail Salleh.



Menurut YB Dr Ismail Salleh, kerajaan mengalu-alukan program seumpamaini yang dapat melibatkan remaja dengan aktiviti yang berfaedah sertamasa terluang mereka terisis dengan sewajarnya.



Sehubungan dengan itu, mereka juga dapat menghindarkan diri daripadagejala sosial yang merunsing dewasa ini seperti ini ponteng sekolah,buli, samseng, merempit dan pelajar memukul guru.



"Saya ucapakan tahniah kepada penganjur program ini kerana berjayamengadakan program yang dapat mengikat remaja dengan aktivitiberfaedah serta mengajar mereka berdisiplin untuk menjadi insan yangberguna," ujar beliau.



Beliau turut menekankan bahawa seni mempertahankan diri sepertitaekwondo dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasanseseorang.
Ilmu ini juga dapat membantu seseorang itu daripada menjadi mangsapenjenayah di samping mampu menyelamatkan sesiapa sahaja yang turutmemerlukan bantuan.



"Sukan ini mampu meningkatkan status kecergasan dan kesihatan parapeserta yang berguna kepada dirinya sendiri serta insan lain," tegasbeliau.



Kejohanan taekwondo ini dianjurkan oleh Kelab Champion OlympiaTaekwondo Akademi Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan TaekwondoGabungan Negeri Kedah, Persatuan Kelab-kelab Taekwondo Malaysia (MTCA)dan Rakan Muda.



Turut hadir pada kejohanan ini adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan selakuPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan HalEhwal Masyarakat India, YB Encik V. Arumugam serta Pengerusi PersatuanTaekwondo Champion Olympia, Encik Mohd Liaqat Ali Khan Razali.

Tiada ulasan: