Tuesday, October 28, 2008
FAEDAH KURSUS
MENGENALI DIRI :Bertangungjawab kepada ibubapa. masyarakat dan agama atas kesedaran diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depan.KESEMPURNAAN IBADAT: Dapat menjalankan amal ibadat yang wajib ke atas diri dengan lebih baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.AKHLAK DALAM ISLAM: Bakal menjadi anak yang soleh/solehah dan scorang remaja yang berkeperibadian mulia dan terpuji.PENGLIBATAN DALAM KUMPULANBakal diajar pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam perkhemahan yang mengajar erti bertanggunjawab sesama rakan.HUBUNGAN DALAM MASYARAKAT: Akan menjadi anak yang bertanggungjawab kepada masyarakat melalui aktiviti gotong royong dan bersama dalam program kemasyarakatan.MUHASABAII DIRi: Dinilai untuk mengeluarkan para peserta sebagai seorang remaja yang bersedia untuk berada dalam masyarakat sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 11:55 PM 0 comments
ALATAN YANG PERDU DIBAWA
Pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadhah, pakaian aktiviti perkemahan, pakaian sembahyang, bantal, selimut, cadar, barang-barang kemasan diri, alatan tulis, buku nota dan lain-lain keperluan peribadi.PERHATIAN: Setiap peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat di dalam semua aktiviti
Posted by Kem Bina Sahsiah at 11:49 PM 0 comments
KBS
Kem Bina Sahsiah (KBS) tclah mula dilaksanakan pada tahun 2004 lagi. KBS adalah hasil ilham oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) dan dilaksanakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum. Tahun ini merupakan anjuran kali ke-5.Sambutan yang diberikan oleh para waris di seluruh Malaysia begitu menggalakkan. Peserta-eserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 15-19 tahun, datang dari pelbagai latar belakang keluarga. KBS dijalankan.selama 21 hari yang merangkumi tiga fasa. Ianya banyak menerapkan nilai nilai ukhawah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:47 AM 0 comments
Nota Penting
Pendaftaran peserta bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada 16 November 2008. Manakala majlis penutup dan penyampaian sijil akan diadakan pada 6 Disember 2008, jam 2.30 petang. Semua waris diwajibkan hadir pada majlis penutup.
Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:40 AM 0 comments
Borang Pendaftaran
Posted by Kem Bina Sahsiah at 8:39 AM 0 comments
REMAJA DISERU SERTAI KEM BINA SAHSIAH
Dipetik dari wartadarulaman.blogspot.com
Oleh : WADIASOFFI JAAFAR
ALOR STAR, 20 Oktober: Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerja sama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Kem Bina Sahsiah ’08 Siri ke-5 yang akan diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.
Pengarah Kem Bina Sahsiah, Ustaz Musoddak Haji Ahmad berkata, Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.
“Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa di seluruh negara begitu menggalakkan di mana peserta-peserta adalah terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur antara 15 hingga 18 tahun yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga,” jelasnya.
Menurutnya, Kem Bina Sahsiah yang dijalankan selama 21 hari itu merangkumi tiga fasa di mana ianya banyak menerapkan nilai-nilai ukhuwah, keinsafan, kasih sayang ibu bapa dan pelbagai lagi.
Ujarnya, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat, membina sahsiah berlandaskan iman dan takwa, menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam jangka masa singkat serta melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan.
“Faedah yang bakal diperolehi dalam kursus itu ialah mengenal diri, kesempurnaan ibadat, akhlak dalam Islam, penglibatan dalam kumpulan, hubungan dalam masyarakat dan muhasabah diri,” katanya.
Jelasnya, sepanjang program itu, setiap peserta dibekalkan dengan nota-nota kursus, baju T dan beg kursus, makan dan minum, penginapan, keperluan perkhemahan, pemeriksaan kesihatan dan sijil penyertaan.
“Alatan yang perlu dibawa ialah pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadah, pakaian aktiviti perkhemahan, pakaian sembahyang, bantal, selimut, cadar, barang-barang kemasan diri, alatan tulis, buku nota dan lain-lain keperluan peribadi,” ujarnya.
Tambahnya, bayaran yuran yang dikenakan kepada setiap peserta ialah sebanyak RM150 dan setiap peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat di dalam semua aktiviti.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Ustaz Musoddak Haji Ahmad di talian 012-4827563 atau Ustaz Mohd. Nizam Noh (019-5586401), Ustaz Nor Puadi (012-6441420 / 013-5931233), Ustaz Salim Mahmud (013-5814585), Encik Rashidi Abd. Razak (012-4365699) dan Encik Zikri Zakaria (013-4249382).
Posted by Kem Bina Sahsiah at 12:10 AM 0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
YURAN PENDAFTARAN
Bayaran yuran yang dikenakan kepada setiap peserta adalah RM150 (seratus lima puluh sahaja)
OBJEKTIF KBS
1) Membina sahsiah berlandaskan iman dan taqwa.2) Menjana fikrah yang mampu merungkai delima masyarakat3) Menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat.4) Menyediakan peluang pembelajaran secara intensif dalam masa singkat. 5) Melaksanakan pentarbiyahan secara terus dan berkesan
SEKRETARIAT KEM BINA SAHSIAH
Alamat: Pejabat Muassasah Darul Mum,Kompleks Muassasah Darul Ulum,Km. 23, Jalan Kuala Nerang, 05400 Pokok Sena,Kedah Darul Aman. Tel/Fax : 04-782 4252/ Faks : 04 7824070TALIAN HOTLINE KBS/ : 019 5701120 (EN. ZIKRI)Atau Talian Terus:Ust. Salim: 013-5814585 Ust. Mohd Nizam: 019-5586401En. Rashidi: 012-4365699 Ustazah Nor Puadi: 012-6441420 / 013-5931233atau e-mail :kembinasahsiah@gmail.comdppnkedah@yahoo.com
TEMPOH & TEMPAT PROGRAM
Tempoh program KBS dilaksanakan selama 21 hari iaitu mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008. KBS akin diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah DaruI Ulum. Sepanjang Program ini peserta dibekalkan antaranya:a) Makan dan minumb) Nota kursusc) Baju 'T' dan beg kursusd) Penginapane) Keperluan perkhemahanf) Pemeriksaan kesihatan,g) Sijil penyertaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan