Rabu, 12 November 2008
















Oleh; rjwarta@yahoo.com

Alor Mengkudu ; Bagi memberi peluang penduduk setempat menyuarakan permasalahan, mengemukan pandangan satu dialog bersama diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Padi Emas baru-baru ini.

Panel dialog bersama Rakyat DUN Alor Mengkudu di hadiri oleh YB Dr Ismail Salleh,Wakil Rakyat Alor Mengkudu, Tengku Abaidah Tengku Yusuf, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Negeri kedah, Ahli Majlis Perbandaran Alor Star juga wakil wakil penduduk kawasan perumahan berhampiran.

Berbagai pekara yang di perbincangan dalam mencari jalan penyelesaian bersama daripada permasalahan kutipan sampah yang dikatakan tidak terurus dengan baik, longkang yang tersumbat sistem pengairanya, jalan yang rosak
hinggalah kepada rungutan orangramai masalah kawasan tempat letak kereta di Bandar Alor Star yang didakwa terlalu tertinggi bayaranya.

Menurut Encik Lim daripada Taman Padi Emas, program seumpama ini amat baik kerana penduduk dapat mengemukan setiap permasalahan dengan jelas dan amat berharap dapat di teruskan setiap masa.

“ saya ucapan tahniah kepada YB Dr Ismail Salleh yang sentiasa prihatin masalah rakyat dengan mengadakan majlis dialog begini bukan sahaja dapat menyelesaikan banyak masalah malahan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara wakil rakyat dengan pengundi di kawasanya “, ujar beliau.


Tamat


1 ulasan:

goooooood girl berkata...

your blog is good good good......