Sabtu, 15 November 2008

SIDANG AKBAR OLEH MB

Friday, November 14, 2008

Sidang Akhbar Oleh MB
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasarbaru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan.
"Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagimembolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata MenteriBesar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulassoalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yangmendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan...
Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangormengeluarkan kenyataan begitu. Sedangkan Kerajaan Pas yang memerintahKedah sekarang tidak pernah menyentuh dasar pemerintahan mana-manakerajaan PR lain sama ada Selangor, Pulau Pinang, Perak ataupunKelantan.
"Sedangkan sekarang ini antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan PemajuHartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak timbul apa-apa masalahlagi. Kita tidak mahu surat khabar memberi laporan yang bercanggahdengan kenyataan sebenar,
"Wakil Rehda datang berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri YB Taulan danYB Dato' Fakhrolrazi untuk berbincang. Sekarang tidak ada sebarangmasalah. Mereka setuju dengan dasar itu. Sekiranya kuota Bumiputratidak habis dijual kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)yang akan membelinya kerana kita tidak mahu ada sesiapapun yang rugi,katanya.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan berpejabatdi Wisma Darul Aman sebanyak 42,386 pemohon rumah kos rendah yangmendaftarkan untuk memilikki rumah dari tahun 1996 hingga 15 Oktober2008. Dari angka itu 18,789 sudah berjaya memilikki rumah dan bakinyasebanyak 13,597 dalam senarai menunggu.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:13 AM

1 ulasan:

LC berkata...

Laporan bahawa isu quota sudah selesai adalah tidak benar. Wakil hanya jumpa YB Dato Pakjrozi saja pada 9/11/08 dalam kehadiran YB Tan Wei Soo dan Adun Gurun YB Dr Neo. YB Dato Taulan tidak hadir dan tidak sebarang persefahaman dicapai langsung. Alasan MB mengatakan ingin lebih bumiputra memiliki rumah bukan satu alasan untuk menaikkan quota kerana naikkan quota tak akan selesai masalah ini malah membebankan lagi bumiputra kerana endorsement Lot Bumiputra atas geran yang menyebabkan bumiputra tak ada FREE TRADE pada masa hadapan. Harap YB dapat sampaikan msg ini kepada Kerajaan Negeri.