Selasa, 2 Mac 2010

Amanat DS Mb diperhimpunan bulanan

Pagi tadi diadakan himpunan pagi untuk warga Wisma Darulaman bagi bulan March.Himpunan bulanan ini dihadiri oleh semua staff Wisma termasuk exco-exco kerajaan negeri.Seperti biasa Ds Mb akan menyampaikan tazkirah dan amanat beliau.

Beliau menghuraikan 2 perkara dengan panjang lebar:

1.Hutang

Ds Mb memetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menjelaskan kewajipan membayar hutang,sehingga kalau kita matipun hutang itu masih tidak terlepas.Para waris hendaklah menjelaskan hutang itu dari harta-harta peninggalan beliau.Roh mereka yang berhutang akan terapung diantara langit dan bumi.

Sebab itulah apabila berlaku satu kematian siwaris akan membuat pengumuman supaya mereka membuat tuntutan terhadap hutang mereka yang belum dijelaskan.

Begitulah hukum Islam yang mewajibkan setiap yang berhutang supaya membayarnya walaupun telah meninggal dunia.

Semalam satu demonstrasi diadakan di Taman Wira Mergong dan sebahagian dari mereka datang ke pejabat Mb untuk menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menuntut hutang sewa rumah yang mereka duduki.Rm 6 dari 27 juta hutang PAKR adalah dari Taman Wira Mergong.

Sebahagian dari mereka mampu mengubahsuai rumah,ada Astro dan kereta tetapi tidak mampu membayar sewabeli sebanyak Rm 100 sebulan selama bertahun-tahun lamanya dan 7 penyewa tidak pernah membayar sewabeli selama lebih dari 25 tahun.

Yang jelas mereka sengaja tidak mahu membayar sewa,bukan kerana tidak mampu.


2.Masalah air

Selain dari Pulau Pinang yang berjaya menguruskan air dengan baik,pengurusan air dilain-lain negeri di Malaysia lebihkurang sama.Oleh itu masalah kekurangan air dewasa ini berlaku disemua negeri akibat kemarau yang melampau.

Tetapi media hanya menyiarkan seolah-olah ianya berlaku di Kedah sahaja,demi semata-mata untuk menunjukan kegagalan Kerajaan Kedah menguruskan air.

Walau apapun kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah yang perlu demi untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah akan membina ampangan kecil di Sungai Jeniang dan Sungai Muda di Pinang Tunggal.

Tiada ulasan: