Sabtu, 27 Mac 2010
Sebahagian ucapan Yb Dr Mohd Hayati di Parlimen
7. Seperkara lagi yang tak kurang pentingnya adalah masalah kos rawatan perubatan. Pelaksanaan ‘full paying patient’ atau ‘private wing in major government hospital’ akan diteruskan ke semua hospital berkepakaran ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakyat .
Apa tidaknya kalau pesakit yang akan membayar kos perkhidmatan untuk mendapat rawatan pakar yang sama akan juga terpaksa melakukan rawatan kepada pesakit yang tidak membayar saperti kos diswasta. Ini sudah pasti akan menimbulkan ‘conflic of interest’ kerana beliau terpaksa melayan pesakit yang membayar melebihi rawatan pesakit biasa yang tidak membayar saperti petani dan penoreh dikampong yang datang kerana dirujuk dari hospital daerah misalnya.
8. Fokus untuk memberi rawatan tentulah lebih kepada mereka yang membayar, walaupun dikatakan hanya boleh dibuat selepas waktu pejabat. Sakit tidak kira jam dan saat. Masa dia datang maka Dr lah manusia yang dia buru. Itu baru petugas yakni Pakar itu sendiri, bagaimana pula dengan kemudahan lain saperti peralatan, dewan bedah, pakar bius dan seangkatan dengannya.
Bayangkan kalau ibu yang mengandung hendak bersalin telah menjadi pesakit berbayar dan pakar bius sedang merawat pesakit biasa yang tak berbayar, apakah pakar bius yang akan memberi bius untuk LSCS padahal pesakit telah membayar akan meninggalkan pesakit yang tak berbayar tadi untuk melayan pesakit yang membayar tersebut.Sudah pasti pakar tadi berada didalam dilema.
9. Perlu diingat bahawa didalam negara kita yang terdiri daripada 28 juta rakyat, 60 % masih lagi didalam kategori miskin.
10. Pelaksaan skim FPP ini dilakukan pada awalnya adalah satu usaha untuk menghalang daripada doktor pakar berhijrah kesektor swasta , tetapi kerajaan kena membuat kajian yang lebih lagi berhubung perkara hijrah ini kerana bukan setakat gaji yang menjadi teruhan tetapi dari segi khidmat dan kemudahan lain perlu juga diberikan perhatian didalam membendung masalah ini.
Kewujudan terlalu banyak hospital swasta didalam sesuatu kawasan sudah pasti akan menjadi daya tarikan kepada bertambahnya penghijrahan ini berlaku. Menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta ini perlu difikirkan seccara serius juga untuk keutuhan sistem di hospital awam.
Khidmat sokongan termasuk peralatan canggih dan terbaru perlu diwujudkan dihospital awam selari dengan yang ada di swasta, barulah khidmat yang diberikan menimbulkan rasa kepuasan kepada para pakar tadi.
11. Mengujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik serta peluang kenaikan pangkat dan memberikan insentif yang lumayan sudah pasti akan mengurangkan penghijrahan ini.Pada masa ini , daripada keseluruhan doktor yang ada didalam negara ini, 30 % doktor yang bertugas di hospital awam terpaksa merawat 70 % pesakit yang datang berbanding dengan 70 % doktor disektor swasta yang merawat 30 % pesakit disana.
Perkhidmatan yang tidak seimbang ini sudah tentu akan menjadikan kerjaya disektor awam begitu membebankan sehingga berlaku punca kepada penghijrahan kesektor swasta ini.
12. Kita bimbang pelaksanaan FPP bukan nanti menghalang Doktor berhijrah tetapi ia akan menjadi push faktor pula untuk menambah lagi syarat untuk dr berhijrah keluar kerana ratio sekarang masih jauh daripada standard iaitu 1: 1,105 pesakit.
13. Memang sudah terang lagi bersuluh, tindakan awal didalam usaha untuk membuka ruang kepada penswastaan sepenuhnya hospital saperti kerja-kerja yang lain yang sedikit demi sedikit telah terlaksana sekarang di bahagian pembekalan ubat, dobi, pembersihan, pelupusan sisa perubatan dan lain lagi kesemuanya yang melibatkan enam perkhidmatan sekarang ini dihospital awam telah berlaku.
14. Sebab itulah kalau sesuatu pembedahan itu hendak dilakukan dan memerlukan sesuatu peralatan atau prosthesis saperti kanta mata, besi untuk patah dan sebagainya pesakit diarahkan membeli dahulu sebelum pembedahan dapat dijalankan. Ada barang ada pembedahan, atau kena hutang dan bayar kemudian. Kalau tidak, tunggulah disitu melainkan ada peruntukan daripada tabung bantuan perubatan yang diluluskan.
15. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan baru-baru ini dlm akhbar 17 Mac 2010 menyatakan Kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat kerumah melalui pos laju. Saya ingin tahu apakah jenis penyakit yang akan dihantar melalui pos ini .
Alasan yang diberikan adalah untuk mengurangkan kesesakan dihospital dan memudahkan pesakit kerana menjimatkan masa. Bagaimana dengan pemeriksaan sebelum rawatan diberikan misalnya darah tinggi ke, kencing manis ke ,epilepsy ke atau lain-lain penyakit yang memerlukan pemeriksaan dan diagnosa tepat sebelum rawatan diberikan .
16. Apakah kementerian sudah mulai lari daripada konsep asal rawatan iaitu mesti melakukan diagnosa dahulu kemudian baru merawat kerana bagi rawatan sambungan saperti ini , ia memerlukan pemeriksaan berkala dan setelah doktor berpuas hati barulah rawatan diteruskan atau pun perlu kepada penambahan dos atau pengurangan dos bergantung kepada hasil pemeriksaan atau ujian makmal kalau diperlukan.
17. Apakah konsep klinik 1 Malaysia juga akan digunakan disini kerana tidak perlu pemeriksaan doktor , hanya pembantu perubatan sahaja terus dirawat, atau hanya pegawai farmasi sahaja yang memainkan peranan . Apakah kalau terjadi sesuatu komplikasi, maka pembantu perubatan atau pegawai farmasi ini boleh dipertanggungjawabkan.
18. Satu persoalan yang merunsingkan saya sebagai pengamal perubatan adalah kewujudan klinik 1 Malaysia ini, nak dikatakan dibawah hospital tidak, dibawah PKD pun tidak, bahkan kalau swasta pun sudah pasti tidak.
Didalam RUU Akta 586 penjagaan kesihatan swasta, yakni menubuhkan klinik mestilah diketuai oleh seorang pegawai perubatan yang berdaftar dengan MMC dan diperbaharui sijil amalan tahunan setiap tahun, premis mesti menepati kriteria tertentu umpamanya saiz pintu, kemana pintu dibuka dan arah pintu, berapa jumlah pintu serta apa peralatan yang perlu ada didalam klinik dan semua ini termasuk didalam syarat untuk menjadi sebuah klinik, jadi dimanakah letak Klinik 1 Malaysia ini. Setelah semuanya ada barulah bahagian amalan swasta akan datang memeriksa dan meluluskan untuk boleh beroperasi dibawah pengendalian pegawai perubatan berdaftar dengan MMC.
19. Sekiranya dibawah PKD, PKD manakah yang bertanggung jawab, kalau dibawah hospital unit manakah yang mengendalikan klinik ini. Janganlah kepada pengamal swasta kita kenakan deraan dengan berbagai karenah birokrasi yang berat-berat, tetapi bagi klinik 1 M ini, semuanya boleh. Siapakah nanti yang menanggung risikonya.
20. Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.
“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian. "Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” .
21. Baru beberapa bulan Klinik 1M ini dibuka, sudah ada kes sebegini, saya bimbang banyak lagi kes kesilapan diagnosa dan rawatan serta kesilapan memberi preskripsi akan berlaku sekiranya amalan ini diteruskan , pastinya Pembantu Pegawai Perubatan tidak mampu untuk dipertanggungjawabkan seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan