Sintok,27 Mac : Pengisytiharan Majlis Konvokesyen UUM kali yang ke 23 Sidang Pertama telah dilakukan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah,Cancelor UUM.
Dimajlis itu Penganugerahan Ijazah Kehormat diberikan kepada Y.Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hj.Hashim dan Y.Bhg Prof.Tan Sri Dato' Sri Ir. Jamilus bin Md Hussin.
Y.Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hj Hashim menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah(Keusahawanan).Sumbangan beliau kepada negara tidak perlu dipertikai lagi.Kini beliau masih lagi CEO Kumpulan Johor Corporation dan Pengerusi KFC Holding(M) Bhd.
Y.Bhg Prof.Tan Sri Dato' Ir. Jamilus bin Md Hussin yang telah memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam pembangunan teknologi.Diantaranya ialah beliau menjadi Pengarah Pengurusan KLIA Berhad.KLIA yang telah memulakan operasi pada June 1998,yang telah dibina diatas tanah seluas 25,000 ekar menagambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan dan menelan belanja RM 9 billion.
Tan Sri Datuk Mohammad Jin Samsudin
adalah diantara 32 orang telah penerima Ijazah Doktor Falsafah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan