Ahad, 28 Mac 2010

Apakah ini wajah pemimpin BN?


Alor Mengkudu,28 Mac : Hari ini adalah hari EGM parti komponen yang kedua terbesar dalam BN,MCA.Keputusanya kita telah sama-sama maklum.

Presiden baru MCA adalah pelakon porno dalam filem lucah yang menyebabkan beliau dipecat dari jawatan Timbalan Presiden MCA sedikit masa lalu.

Tetapi hari ini beliau diangkat kembali bukan kejawatan Timbalan Presiden tetapi jawatan yang paling tinggi dalam hiraki parti iaitu Presiden,seolah-olah perbuatan beliau sedikit masa lalu bukan sahaja tidak memberi apa-apa kesan malah mendapat sokongan yang lebih jitu.

Mungkin pada masyarakat Cina perbuatan curang menyimpan perempuan lain selain dari isteri yang sah bukanlah satu kesalahan tetapi harus diingat bahawa beliau bukanlah ahli biasa dalam parti.Beliau adalah pemimpin nombor satu dalam MCA.

Atau apakah tiada lagi pemimpin yang baik dikalangan orang Cina?.

Tetapi apa yang kita nak hairankan?.Pemimpin UMNO,parti abang kepada MCA juga mempunyai wajah yang sama.Ada dikalangan pemimpin mereka mempunyai rekod kesalahan yang telah diketahui umum.Ada yang kaki rasuah,ada yang kaki judi,kaki arak dan berbagai-bagai kaki lagi.

Sebahagian dari rakyat mengetahui akan tingkah laku mereka ini,tetapi sehingga kini mereka masih lagi menjadi pemimpin kepada negaraku yang tercinta,Malaysia.

Apakah message dari pemilihan MCA itu juga akan menular kepada pemilihan pimpinan dalam PRU yang akan datang?.Sama-samalah kita saksikan nanti.

Kepada mereka yang cintakan nilai kebaikan Islam sejagat,bermula dari sekarang marilah sama-sama membina satu gelombang untuk menolak pemimpin yang tidak mempunyai nilai serta harga diri.

Tiada ulasan: