Ahad, 28 Mac 2010

Situasi semasa demam denggi bagi Minggu 11/2010 (14 hingga 20 Mac 2010)









Pada minggu ke-11, iaitu bagi tempoh antara 14 hingga 20 Mac
2010, sejumlah 898 kes demam denggi dengan 2 kematian telah
dilaporkan di seluruh negara, menurun sebanyak 141 kes (14%)
berbanding dengan 1,039 kes dengan 4 kematian pada minggu
sebelumnya.


Walau bagaimanapun, tiga negeri menunjukkan
peningkatan kes iaitu Kedah, Perlis dan Melaka.

Jumlah terkumpul kes yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 11,360
kes dengan 40 kematian berbanding 12,933 kes dengan 34 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 12%.

Dua (2) kematian yang dilaporkan sepanjang minggu lepas iaitu di
Johor dan Melaka, disebabkan oleh komplikasi “Dengue Shock
Syndrome” dan Demam Denggi Berdarah. Kes-kes tersebut juga di dapati
berlaku di kawasan yang mempunyai indeks pembiakan Aedes yang
tinggi (0.7% hingga 6.6%).


Bagi Negeri Kedah merekodkan sebanyak 12 dalam tempoh yang sama berbanding dengan 9 kes pada minggu yang sebelumnya.Jumlah kes yang terkumpul ialah 104 kes berbanding dengan 308 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Tiada ulasan: