Jumaat, 13 Ogos 2010

Please,jangan buang sampah disini






Ini adalah pemandangan dilaluan masuk ke Taman Saga Fasa 4.

Sejak beberapa bulan yang lalu mereka yang tidak bertanggung jawab telah menjadikan laluan ini sebagai tempat pelupusan sampah haram.


Ini adalah kali ketiga penduduk Taman membersihkan sampah itu setelah aduan kepada E-Idaman tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Yb Dr Ismail dan penduduk Taman Saga dan Taman Mangga merayu kepada mereka-mereka yang melupuskan sampah masing-masing disini untuk tidak lagi berbuat demikian selepas ini.





Tiada ulasan: