Khamis, 12 Ogos 2010

Sambil merawat sempat juga kacau kanji



Hari Jumaat adalah hari Yb Dr Ismail memberi rawatan percuma bertempat di PKWR Alor Mengkudu termasuk dibulan puasa.

Hari ini pesakit yang datang tidak berapa ramai.Bulan puasa mungkin.Yb Dr Ismail meluangkan masa untuk sama-sama bergotong royong membuat bubur kanji di perkarangan PKWR untuk diagihkan pada petang ini.

Kelmrain sebanyak 250 bungkus bubur kanji diedarkan kepada penduduk setempat.Ianya habis tak sampai setengah jam.

Terimakasih dan tahniah kepada petugas yang bertungkus lumus sejak pagi lagi.Semoga Allah memberi ganjaran yang besar di bulan Ramadhan ini.

Tiada ulasan: