5 Julai 2010, Alor Setar – Majlis Ceramah Isrok Mikraj yang dijadual diadakan di perkarangan malam ini di Flet Seberang Terus dihalang oleh samseng Umno dan petugas penganjur dibelasah. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi sehingga memaksa pihak polis campur tangan.
Elok diceritakan dahulu kronologi dari awal sehingga membawa ke peristiwa tersebut. Masjid Gunung Sali dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, Flet Seberang Terus menganjurkan program Isrok Mikraj. Program yang mengundang seorang penceramah bebas lulusan Universiti Al-Azhar tersebut telah dirancang sekian lama dan pengumuman mengenainya telah dibuat tiga kali Jumaat berturut-turut di masjid. Ia sama sekali bukan program politik, bukan anjuran PAS atau mana-mana parti politik dan telah mendapat kelulusan dari Pejabat Agama dan permit berhimpun oleh PDRM.
Program anjuran masjis itu dicadang diadakan di tempat awam berhampiran surau. Tentu lebih mudah jika program tersebut diadakan di masjid, namun penganjur memikirkan jika program ilmu hanya bertumpu di masjid maka golongan yang jarang mendekati masjid akan terus terpisah dari ilmu.
Maka perkarangan flet yang dihuni oleh beribu orang menjadi pilihan penganjur.
Khemah sudah didirikan dan persiapan tapak program dijalankan. Tiba-tiba ia mendapat tentangan keras dari pengerusi JKKKP dan segelintir samseng-samseng Umno setempat kerana mendakwa kononnya ia program politik. Tuduhan ‘politik’ dibuat hanya hanya kerana di dalam jawatankuasa penganjur tersebut terdapat seorang Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK-agensi Kerajaan Negeri).
Pihak penganjur mahu program berjalan dengan sempurna lalu memanggil kumpulan pembantah tersebut untuk berbincang dengan baik di masjid dengan dihadiri oleh tuan imam. Malangnya mereka memboikot perbincangan, sebaliknya mahu menganjurkan satu lagi program Israk Mikraj ‘kilat’ di tempat yang sama dengan mendirikan khemah berasingan. Penceramah undangan yang dijemput di saat-saat terakhir ialah Datuk Fadzil Haji Awang. (Beliau sendiri tidak tahu menahu permainan jahat kumpulan tersebut). Busuk sungguh hati perut puak-puak tu.
Dipendekkan cerita, sewaktu para petugas pihak penganjur mahu mengadakan persiapan, kumpulan samseng Umno itu datang melakukan provokasi. Petugas pihak penganjur tersebut dibelasah oleh mereka. Mujur orang ramai yang bersimpati menyelamatkan para petugas dari terus dibelasah oleh kumpulan samseng Umno yang berkelakuan bagai orang dirasuk hantu. Akhirnya kumpulan samseng Umno itu berjaya menghalang majlis ceramah Isrok Mikraj dari diadakan di situ.
Sekarang lihat pula peristiwa yang berlaku seminggu lalu, sebagai perbandingan. Veteran Umno Pusat bergabung dengan veteran Umno Negeri menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di sebuah masjid yang terletak di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar (kawasan Parlimen yang sama).
Forum tersebut mendapat kerjasama daripada Jakim, walhal Jakim sepatutnya merujuk terlebih program tersebut kepada Pejabat Agama Islam kerana walaupun mungkin program tersebut bukan program politik tetapi ia dianjurkan oleh sebuah badan politik dengan mengundang ahli-ahli panel yang juga dilihat cenderung kepada Umno.
PAS, sama ada atas sifatnya sebagai kerajaan negeri atau sebagai parti politik tidak pun membantah atau menghalang. PAS, sama ada sewaktu menjadi pembangkang mahupun sewaktu menjadi kerajaan tidak pernah menganjurkan forum di masjid di negeri ini atas nama PAS. Memang politik dan Islam tidak boleh dipisahkan, tetapi bayangkan jika semua parti-parti politik menggunakan hujah tersebut untuk mengadakan program di masjid, maka masjid akhirnya akan menjadi medan perseteruan.
Para pemimpin PAS sering berceramah di masjid namun tidak pernah menuturkan perkataan ‘Umno dan PAS’ dalam masjid. Tetapi jika penganjurnya parti politik, maka tentunya nama penganjur tersebut tidak dapat dapat dielakkan dari disebut di masjid. (Sebenarnya itu yang dimahukan Umno pun)
Peristiwa pertama tadi: Kekecohan yang dicetuskan oleh Umno berlaku apabila pihak masjid mahu mengadakan program ilmu dalam kariahnya, tetapi bukan di masjid.
Peristiwa kedua pula: PAS tidak cetuskan kekecohan di masjid, walaupun Umno sebagai parti politik menganjurkan program di masjid, sekalipun perbuatan Umno itu ternyata tidak betul.
Pakat-pakat pikiag laa noo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan