Selasa, 3 Ogos 2010

Yb Dr Ismail membantu bina 'mahligai rakyat'






Rumah En Wahab sekeluarga telah runtuh beberapa hari yang lalu kesan dari kayu yang telah usang dimakan anai-anai.

Yb Dr Ismail menziarahi keluarga ini beberapa bulan yang lalu.

Oleh kerana rumah ini telah dibaiki oleh Keda beberapa tahun yang lalu dengan kos 11k,maka kali ini tuan rumah memohon Keda untuk membaikinya untuk kali yang kedua.

Seperti yang diduga permohonanya ditolak dengan alasan rumah ini telah dibaiki sedikit masa yang lalu.

Oleh kerana kayunya yang telah reput dimakan anai-anai,strukturnya tidak lagi dapat bertahan dan runtuh menyembah bumi beberapa hari yang lalu.

Rumah ini dibina semula diatas initiatif MKK dan jiran yang berdekatan yang datang menghulur bantuan dalam bentuk tenaga maupun kewangan.



Hari ini Yb Dr Ismail sempat bersama-sama bergotong royong menghulur bantuan tenaga dan kewangan dari STARCARE untuk melihat rumah ini dapat dinaikan semula.

En Wahab dan isteri membuat kerja kampung dan mempunyai pendapatan yang tidak tetap.

Dua orang anak mereka masih tinggal bersama dan mempunyai pekerjaan yang tidak tetap.

Tiada ulasan: