Isnin, 9 Ogos 2010

Sepuluh orang lagi terima skim kafalah






Kelmarin seramai 10 orang lagi telah menerima sumbangan Skim Kafalah di DUN Bakar Bata.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Yb Dr Ismail sebagai Wakil Rakyat angkat kepada DUN Bakar Bata,bertempat di PKWR DUN.

Kesemua penerima telah melahirkan rasa syukur dan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Skim Kafalah adalah skim sumbangan yang diberikan kepada golongan yang dikategori kan miskin, yang kematian mana-mana ahli keluarga mereka.

Tiada ulasan: