Isnin, 9 Ogos 2010

Yb Dr Ismail menderma darah





Alor Setar,7 Ogos 2010:Satu Program Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh Yb Dr Ismail sebagai Exco Kesihatan Negeri bertempat di Alor Setar Mall.


Objektif kempen derma darah ini diadakan ialah untuk menampung bekalan darah di Tabung Darah HSB yang selalunya akan berlaku kekurangan memandangkan bulan puasa dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba.




"Setitis darah penyelamat nyawa.Ramai pesakit yang memerlukan darah,samada pesakit yang mempunyai penyakit yang memerlukan darah seperti Anemia,Thallasaemia,Leukimia dll atau mereka yang perlu darah untuk menjalani pembedahan",ujar Yb Dr Ismail dalam ucapanya.


Kempen derma darah ini dijayakan bersama dengan kerjasama dari Tabung Darah HSB dan Hospital Kuala Nerang.

Turut menjayakan kempen ini ialah DHPP(Dewan Himpunan Penyokong Pas Kedah),Kelab Lion Zon Utara,KBA(Kedah Buddhist Association) dan dewan Pemuda Pas Kedah.
Yb Dr Ismail bukan sahaja menganjurkan program ini malah beliau sendiri turut menderma
darah.

Tiada ulasan: