Saya diserang bertubi-tubi sejak program ambang merdeka 30 Ogos yang lalu.Serangan bertali arus dengan peluru kapur menghinggapi segenap pelusuk badan saya.Kebanyakan serangan itu datang melalui sms samaada mereka yang saya kenali atau tidak.
Hari ini serangan itu berada dikemuncak apabila peluru kali ini tidak lagi peluru kapur tetapi peluru hidup.Aduh mengena hatiku,hatiku terhiris dan berdarah.Tetapi pengelaman kedoktoran aku selama hampir duapuluh tahun berjaya menutup luka walaupun masih berdarah.
Saya tak berapa pasti mengapa saya diserang sebegitu rupa.Saya juga tak pasti samaada rakan-rakan exco diserang sebagaimana saya?.Yang saya pasti adalah program ambang merdeka itu dikaitkan dengan potfolio yang saya sandang iaitu Pengerusi Penerangan Negeri Kedah.
Program ambang merdeka itu banyak cacatnya pada pandangan Islam.Apatah lagi program itu nampaknya program asimilasi antara hasrat kuasa politik yang memerintah dan kuasa pentadbiran kerajaan negeri.Saya difahamkan pengerusi majlis yang tidak bertudung,penyanyi nasyid yang tidak bertudung,diasimilasikan dengan forum perdana yang panelnya Ahli Majlis Syura Ulama.(Maaf kerana saya sendiri tidak berada didalam majlis itu kerana pada masa itu saya berada di Kuala Lumpur).
Memanglah pada awalnya saya sebagai Pengerusi Urusetia Penerangan Negeri Kedah berasa bertanggungjawab untuk merencanakan program itu.Saya telah membuat persiapan.Mesyuarat telah diadakan sebanyak dua kali.Programnya telah dibentang dalam mesyuarat perhubungan yang lalu dan telah diluluskan.
Tetapi kuasa saya sangat terhad.Keputusan mesyuarat perhubungan diambil pakai sebahagiannya saja dalam mesyuarat Exco.Keputusan mesyuarat MMK telah memberi mandat kepada kuasa pentadbiran negeri untuk melaksankan program itu.Saya bukan pengerusi program itu.Justeru itu dimana logiknya serangan itu ditujukan kepada saya?
Mengapa ahli-ahli dan pimpinan Pas tidak selidik dulu sebelum menyerang.Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kata-kata buruk padahnya.Apakah pengelaman yang lalu tidak pernah mengajar kita?
Semoga Ramadhan itu memberi kekuatan kepada saya dan sahabat-sahabat seperjuangan.
Doakan itu.Saya memohon keampunan dari Ilahi yang Maha Menguasai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan